Salam... Hari ni genap 100 hari pemergian bonda tersayang. Hanya doa yang dapat anakanda kirimkan untuk bonda di alam sana. Semoga roh bonda di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman .. InsyaALLAH Bonda.. Amin..

Anakanda saja menyelak kalendar di rumah kita.. anakanda melihat helaian yang telah di tanda.. anakanda amati betul2 tulisan tersebut. Tak lain tak bukan, itu tulisan ayahanda. Tulisan suami Bonda yang begitu terasa sunyi sekali semenjak pemergian Bonda. Di situ tertera tulisan tangan Ayahanda "Seratus hari...isteriku.." Berjurai airmataku tanpa tidak dapat aku tahan lagi... YA Allah berilah hambamu ini kekuatan Ya Allah..dan juga seluruh keluargaku terutama Abah Ya Allah.. Tabahkanlah hati kami untuk meneruskan kehidupan tanpa insan yang bergelar Ibu Ya Allah! Sesungguhnya aku tidak berdaya sebenarnya!!!...
Selang 2 minggu pemergian Bonda, Anakanda demam.. biasanya Anakanda demam biasa, gi klinik injit makan ubat kebiasaanya anak bonda nih akan elok seperti sediakala. Tapi kali ni demam anakanda tak beransur pulih sampaikan anakanda ditahan wad sementara selama 5jam. 2 botol air dimasukkan pada badan anak bonda nih. 5 jam anakanda rasa bagaikan 5 hari.. Berjurai2 airmata anakanda teringatkan bonda. Kalo bonda masih ada lagi mungkin bonda ada di sisi anaknada masa tuh, tapiiii....bonda da tak ada.. bukan saje di sisi anakanda tapi di dunia ini. Ya Allah! masa ni anakanda menangis sampaikan nurse di situ menanyakan anakanda.. sakit ke dik?? sakit sgt ke?? Anak bonda hanya mampu menggelengkan kepale sahaja tanpa bersuara... Tapi sume tuh anakanda hadapai w/p seorang diri.. anakanda cuba tabahkan hati anakanda untuk harungi semua nih.. dalam keadaan sedemikian ni..
Semalam anakanda masih lagi di rumah kita, tetapi hari ini anakanda tidak dapat pergi ke pusara bonda kerana anakanda perlu bertugas semula di pejabat.
Hanya doa yang anakanda dapat berikan tuk bonda di sana..
Al-Fatihah buat Bonda Tercinta Fatimah bt. Hj. Jantan Semoga roh bonda mendapat khusnul khatimah dan ditempatkan bersama2 para alim ulamak, syuhadak , Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
02September1942 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1403)

15 comments:

Semoga ibu kau tenang di sana..
and sabarlah eita atas dugaanNya..

Thanks kak BB..

ita, jd doa anak yg solehah sebagai bekalan yg takkan putus buat arwah.. niat & hadiahkan segala kebaikkan untuk beliau.. insya-Allah yer.

Thanks ain.. InsyaALLAH Ain.. Thanks again.. sempat juga menyinggah kat blog nih yee..

sedihhh aku baca...bergenang gak air mata..kalo aku berada di tempat koo...aku harap2 sgt aku akan kuat!!!!menghadapi dugaaan darimu Ya Allah

eeemm uzie.. InsyaALLAH moga kita semua tabah menghadapi dugaan dariNYA.. walau mcm mana sekalipun keadaannya.. InsyaALLAH...

salam kak...kita sama2 berdoa semoga roh bonda dicucuri rahmat ye kak...... insyaALLAH.............kak..akak jaga diri yeee.....jaga kesihatan akak.............lebiuu so much kakkk

salam lisa.. InsyaALLAH.. Amin.. lisa pun take care k, kene kije kuat nk amek Master tu .. lebiuu 2

sabar!

baek..

sedih baca entry ni.. sabar ye ita.. insyaAllah ibu ita tenang disana. like ain say.. hanya doa anak yg soleh dapat mengiringi ibu ita insyaAllah..

thanks kak ecah...

:-(

Keep strong..she will always with u.. Doa anak solehah sntiasa mngiringi arwah bonda.. Al-fatihah...

Thanks Anonymous ..
actually who are you exactly.. may I know? If u dont mind..

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

There was an error in this gadget

ShoutBox

Followers

Thanx Babe

GengBlogger

Happy Meter

There was an error in this gadget

CounterAttack