Salam.. huh.. perit sekali dugaan yang KAU beri Ya Allah!

22hb Okt 09


“troot..troott..troott..” emmmm..mana kak noi nih tak angkat call.. sambil melihat jam di tangan..”oh! tak pasan pagi lagi.. kak noi ke kelas mengajar agaknye.. takpe la, tghr try call lagik…”

”Assalamualaikum..tadi ita ade tepon kak noi eh?.” Dalam ati berkata ”Allah! Lupa nak call”.. terlupa nak call kak noi, sebok dengan menyiapkan shooting utk dokumentari OKU di sekitar Melaka. ”ha’ah ita call tadik..”. kak noi menyambung perbualan kami ”kak noi ke kelas tadik..nape?”.

”Ita kat Melaka ni kak noi, ade kije sampai esok. Kalo malam ni tak letih ita balik Jasin la, kalo tak.. ita dok seri Malaysia dengan kawan opis”.
”Oooo..ok..”kak noi menjawab..”nanti nak balik call dulu, kak noi ada at umat mak, kalo ita balik kita stay umah mak je la, nanti kak noi call bang man”.

Dalam malam aku call kak noi. ”kak noi, ita letih la, bilik hotel penuh, dapat 1 bilik je, tapi ita tumpang bilik kawan ita kat sini, esok baru ita balik jasin eh”. Cerita aku pada kak noi dengan nada yang agak letih.

”Ok la, kalo tak larat dok je la sana kalo ade tempat nak bermalam eh, jaga diri bebaik taw, ape2 hal call kak noi”. Masa nih aku rasa cam bertuah dapat kakak ipar cam kak noi, ambil berat w/p bukan darah daging sdri. Alhamdulillah syukur. Lantas aku menjawab ”ok, esok bila ita nak balik ita call eh, bye”..

23hb Okt 09

”Uh..kak noi baru nak call, panjang umur baru sebut mana ita nih.. hehhe..” sambil tangan aku bersalam dan mencium kedua belah pipinya yang gebu itu aku pun berkata ”tak sempat nak call abes shooting terus balik je”
Oooww.. Abah mana kak noi? Pertanyaan aku bernada sebak sedikit. Kak noi berkata ”Abah kat umah makcik”.. ye lah, aku pun tak inform an abah aku nak balik.
”Kak noi, ita baring jap, badan tak sedap rasa la” batuk menyertai perbualan aku.. ”ok, gi ar rehat. Ita demam ke?” bantal aku ambil dan berkata ”nak demam balik rasanya.. panas skit badan, tekak perit”.. kak noi pon berkerut kening melihatkan aku ”ok ok.. gi ar rehat baring at depan tuh. Kak noi nak balik umah jap amek baju bebudak nih sume”.. aku pun menjawab ”ok”....

Dalam jam 7 mlm aku bangun.. aku dengar kereta abah di luar. Aku pun terus menjenguk dengan terbatuk2. aku tanya abah ”abah dari mana?” abah menjawab ”abah singgah kejap je nih makcik ko ke belakang antar tudung” aku duduk di serambi, abah sedikit pun tidak masuk ke rumah dan duduk bersama di sofa seperti yang biasa kami lakukan sebelum nih. Sedikit pon abah tak mahu bercerita apa2 pon dengan aku. Aku rasa macam terasing. Aku masih lagi batuk2. takkan abah tak dengar anak abah nih batuk, tak sehat. Takkan abah tak nak pegang dahi ita dan rasa panas badan ita nih. Taknak ke bah. Tak nak masuk ke rumah ke bah. Aku terus duduk di bangku melihatkan abah dan berharap duduk di sebelah aku. Tapi tidak! Abah terus ke belakang dan melihat2 kelibat makcik. Aku terpinga2 sorang2.
Dok la sebelah ita bah, banyak bende ita nak ceritakan, pasal kije, pasal ita, pasal keluarga. Sebelum nih sume hal aku ceritakan pada mak dan abah. Tapi skang mak takde, abah je la yang aku harapkan tuk mendengar cerita aku. Tapi skang, aku da takde pendengar yang ingin mendengar rasa hati aku.
Abah berbeza dari sebelum nih. Memang aku kene terima semua nih.. ya aku terima, walaupun lukanya terlalulah perit.

Aku mencapai towel dan terus ke bilik air untuk bersiram..sebenarnya aku tak tahan da.. aku bantai melalak dalam bilik air.. dalam sayu2 aku dengar.. ”ita..ita..” abah penggil. Aku pun menyahut ”ya..”.. abah menyambung ”abah balik dulu”.. sambil hidung tersumbat aku pun menjawab ”eeemmmmm...” aku sambung balik melalak..
Abah..takkan abah x leh tunggu ita pas mandi baru abah balik, maghrib la kat umah nih, bukan umah orang lain pun.. aduh.. dalam sekali luka nih.

Kak noi ada inform aku, abah ade call dia tanya kak noi tido mana. Kak noi cakap la tido umah mak. Abah menjawab ”ok la tu, x yah ar abah gi sana tido”. Tersentap jiwa aku, hancur luluh! Aaaarrggghhh.. ape yang abah janjikan tak abah kotakan!

Anak abah nih perlukan abah masa nih untuk bercerita. T_T..huh! abah tak tido at umah pon, nasib baik kak noi ade dengan bang man serta anak buah. Huh.. susah aku telan sume nih. Bang epin takde gi medan an bang nam.

24hb Okt 09

Ari nih aku tido umah bang man an kak noi.. abah takde pon call aku tanye kat mana.


25hb Okt 09

Aku tergerak dalam hati untuk nak ambil baju kat umah mak pada petang. Tapi aku batalkan, tak tau kenapa. Gerak hati nih suruh amek baju tu malam pas maghrib.

Pas magrib aku terus ke rumah mak untuk ambil baju. Tup tup.. aku nampak kete abah kat umah. Aku nampak makcik cam tepanjat tgok aku balik.

Aku terus bagi salam, dan bertanya pada abah ”abah tido sini ke malam ni”.. dengan nada yang tersekat2 abah menjawab ”tak..abah magrib kat sini tadi jap gi balik” abah menjawab tanpa memandang muka aku. Aku terus inform pada abah yang aku dtg nak amek baju. Abah just diam. Tak tanya apa pun kat aku. Kenapa bila ita ada kat umah abah taknak duduk kat umah nih yang sebagaimana ita nampak skang? Kenapa??

Aku diam, semacam ada halangan untuk aku berbicara. Lepas siap sumenye aku pun salam tangan abah dan makcik. Dan aku katakan aku nak balik. Abah tak tgok pon aku masuk ke kereta seperti yang selalu dia lakukan sebelum nih. Sebelum nih, kalau aku nak balik, dia akan bawa beg aku, tengok aku dari serambi sampailah aku naik kereta dan sampai kereta aku tak nampak lagi dijalan, baru die masuk umah balik. Tapi skang tidak lagi..aku...huh..aku terlalu terluka dengan sikap abah.

Apa yang abah nak aku buat, aku dah buat. Hormatkan makcik. Sume aku buat. Sabar aku begitu tinggi. Terbayang wajah mak, kalo mak idop lagi pon mungkin mak akan senyum pada aku atas penghormatan dan pengorbanan yang aku berikan pada abah dan makcik.

26hb Okt 09

Sesudah subuh aku gerak ke kajang. Sepanjang2 perjalanan bila aku ingat balik peristiwa ni aku menangis. Aku menangis spnjang perjalanan. Aku luka.

Huh! Skang kat blog nih la tempat aku meluahkan segala2nya. Sape yang sudi baca aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana spend masa kat sini. Tq so much. Aku akan luahkan sume kat sini InsyaALLAh..jika ada kelapangan. Susah untuk orang baca isi hati aku. Sbb aku senantiasa tersenyum di luar...

Aku yang terluka.

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .

Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .


Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .


Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .


Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT . Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .


Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. . Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..


Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia . Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .


Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta.

Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .


Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia.


Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.


Sayidina Ali r.a. berkata:

"Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "


Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..


Kata Sayidina Ali r.a. lagi,

"Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.." Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus.


Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira. Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala- galanya

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

Followers

GengBlogger

Happy Meter

CounterAttack