Keratan 7

"Disaat kita lahir dekat dengan Tuhan, di saat mahu mati pun dekat dengan Tuhan, tapi di saat diberi kelonggaran hidup mengapa jauh dari Tuhan?"


Simpanan Keratan akhbar dan majalah dari:
Allayarhammah Fatimah bt. Hj. Jantan
02September1942 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1403)
Semoga rohnya mendapat khusnul khatimah dan ditempatkan bersama2 para alim ulamak, syuhadak , Amin Amin Ya Rabbal Alamin.



Keratan 6
(Ad-Din : Jumaat 31Dis04 - m/s7)

Mengharungi Hari Kematian
Berhati-hatilah dalam meniti kehidupan

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 28, maksudnya:
“Mengapkah kamu ingkar juga kepada Allah, sedangkan kamu dahulunya mati, kemudian hidup, kemudian mati, kemudian hidup lagi dan kamu akan kembali kepada Allah.”

Ayat itu menjelaskan sebelum manusia lahir ke dunia disebut mati kerana belum ada, kemudian lahir ke dunia menikmai kehidupan sekarang, iaitu kehidupan pertama.

Selepas itu, apabila sampai umur masing-masing manusia akan mati sekali lagi, iaitu mati kali kedua. Kemudian, dibangkitkan di alam barzakh bagi menjalani kehidupan kedua yang kekal.

Semua urusan terserah kepada Allah dan tidak seorang pun yang berkuasa kecuali amal ibadat baiklah yang menjadi teman baik yang memasukkannya ke dalam syurga.

Itulah yang dinamakan kembali kepada Allah. Demikian pula sebaliknya, orang yang selalu melakukan penderhakaan akan dibalas dengan seksaan.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 91, maksudnya: “Sesungguhnya orang kafir yang mati dalam kekafiran, tidaklah diterima daripada mereka emas sepenuh bumi untuk penebus dosanya. Bagi mereka seksaan pedih dan tiada orang yang menolong mereka.”

Jika tahu mati yang pertama dan hidupyang pertama sudah dilalui, mka tunggulah mati yang kedua, sebelum tiba kehidupan kedua.

Kehidupan dan kematian kedua ini bergantung kepada amalan dan gaya hidup manusia di dunia. Jika baik amalannya, syurgalah tempatnya dan begitulah sebaliknya.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam meniti kehidupan sekarang, sementara menunggu mati yang kedua. Manusia boleh diibaratkan musafir di dunia.

Kehidupan dunia berbeza dengan akhirat. Kehidupan dunia berbeza dengan akhirat. Di dunia ada miskin, ada kaya, ada berduka dan ada bergembira. Tetapi di akhirat bagi yang bergembira, gmbira selamanya dan yang berduka, berada dalam keadaan sedemikian selamanya.

Alam akhirat adalah alam pembalasan dan ganjaran. Ia lebih baik daripada kehidupan dunia.

Firman Allah bermaksud: “Dan kampung akhirat itu sungguh lebih baik (daripada dunia) bagi mereka yang bertakwa. Adakah kamu tidak memikirkannya.”

Justeru, janganlah dipersia-siakan usia mencari kesenangan dunia dengan mengabaikan akhirat. Ingatlah nyawa akan dicabut daripada badan satu hari nanti, cuma sebagai makhluk manusia tidak mengetahuinya, bila dan di mana.

Simpanan Keratan akhbar dan majalah dari:
Allayarhammah Fatimah bt. Hj. Jantan
02September1942 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1403)

Semoga rohnya mendapat khusnul khatimah dan ditempatkan bersama2 para alim ulamak, syuhadak , Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Keratan 5
(Bacaria : Edisi Sabtu 17Jan04 - m/s25)

Berkat di Sebalik Kalimat “Bismillah”

Ada seorang perempuan tua yang kuat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik, dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan u sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali die hendak memulakan sesuatu sentiasa di dahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek: “Asyik-asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa, sebaliknya dia berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suminya berkata: “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu”.

Untuk membuat sesuatu yng memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata: “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.

Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengabil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata: “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya. Dengn hati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dan dia membuka sambil membaca , “Bismillahirrahmanirrahim.” Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Simpanan Keratan akhbar dan majalah dari:
Allayarhammah Fatimah bt. Hj. Jantan
02September1942 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1403)

Semoga rohnya mendapat khusnul khatimah dan ditempatkan bersama2 para alim ulamak, syuhadak , Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Keratan 4
(Bacaria : Edisi Rabu 05Jan05 - m/s24)

Unta Menjadi Hakim

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.

Baginda lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

Maka ia pun mengangkat kepalanya mengadah ke langit seraya berkata, “Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu”

Kemudian Rasulullah bertanya kepada unta itu, “Hai unta, milik siapakah engkau ini?”

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang. “Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta.”

Akhirnya Rasulullah berkata kepada orang Muslim itu, “Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Ta’ala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar?”

Jawab orang Muslim itu, “Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali.”

Rasulullah bersabda, “Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku.”

Amalan membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti.

Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu medapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Simpanan Keratan akhbar dan majalah dari:
Allayarhammah Fatimah bt. Hj. Jantan
02September1942 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1403)

Semoga rohnya mendapat khusnul khatimah dan ditempatkan bersama2 para alim ulamak, syuhadak , Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Keratan 3
(BeritaHarian : Jumaat 30Mei08)

Petikan Al-Quran

Dan orang beriman, dan anak cucu yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amal mereka. Setiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya
Surah At-Tur:21

Simpanan Keratan akhbar dan majalah dari:
Allayarhammah Fatimah bt. Hj. Jantan
02September1942 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1403)

Semoga rohnya mendapat khusnul khatimah dan ditempatkan bersama2 para alim ulamak, syuhadak , Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Keratan 2
(Bacaria Edisi Sabtu : 17Jan04)

Pertemuan dan Perpisahan

Pertemuan dan perpisahan
setiap orang akan mengalaminya
Cuma masa yang dapat dihitung dan hanya
Allah yang mengetahuinya

Kita hanya boleh merancang
dan bersyukur ke hadrat Ilahi
diatas segala dugaan
yang diturunkan oleh Allah

Pertemuan menggamit suka dan duka
Menyatukan dua jiwa yang terpisah
setelah sekian lama
pertemuan jugalah mengakhiri perpisahan

Perpisahan mengajar erti hidup sebenar
juga mengajar berdikari
yang sebelum ini hanya mengharapkan seseorang
yang amat disayangi dan dipercayai
namun perpisahan mengajar aku erti jati diri
yang telah lama hilang mengikut arus
yang serba moden lagi canggih
Apakah semua ini dugaan atau cabaran
yang diturunkan pada hambamu yang lemah
dan serba kekurangan
namun hanya tuhan saja yang tahu
namun aku bersyukur
diatas segala pertemuan dan perpisahan
yang diturunkan Allah

Simpanan Keratan akhbar dan majalah dari:
Allayarhammah Fatimah bt. Hj. Jantan
02September1942 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1403)

Semoga rohnya mendapat khusnul khatimah dan ditempatkan bersama2 para alim ulamak, syuhadak , Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Semasa aku dan adik beradik mengemas dokumen dan barang2 mak.. kami terjumpa pelbagai keratan akhbar berkenaan dengan agama didalam laci dan beg mak.. banyak sangat. Aku akan catatkan disini mana yang termampu, moga dengan keratan2 ini akan membuatkan kita lebih dekat denganNYA… InsyaALLAH .. Amin.

Keratan 1
Bersedekah perlu ikhlas.
Daripada Abu Dzar Al-Ghafri r.a, beberapa sahabatcbertanya Rasullullah s.a.w:
Wahi Rasullullah! Orang-orang kaya lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu.”


Rasullullah bersabda: “bukankah tuhan menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah?
“Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tipa-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah.
“Dan menyuruh membuat berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan seseorng dengan isteri juga sedekah.”
Bertanya lagi sahabat: “ Ya Rasullullah! Adakah seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahal juga?”

Sabda Rasulullah: “ Apakah pendapat kamu jika seserang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atsnya? Demikianlah pula, jika dia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala.”

Sementara itu, daripada Abu Hurairah r.a, Rasullullah bersabda: “Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahri terbit.
“Engkau mendamaikan antara dua rag adalah sedekah. Dan engkau menolong seserang menaiki tunggangannya atau engku menolong mengangkat barang –barang atas tunggangannya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah.

“Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.”
Begitulah mudahnya seseorang itu ingin memperolehi keberkatan di dalam hidup tanpa mengira pangkat atau harta, sebaliknya dengan keikhlasan di dalam membuat amalan kepada Allah s.w.t.

Simpanan Keratan akhbar dan majalah dari:
Allahyarhammah Fatimah bt. Hj. Jantan
02September1946 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1430)

6Feb09 – 10Feb09

Macam biasa aku pas kije jumaat tuh balik kmpg terus. Aku memang camtuh, sblom maghrib mesti da sampai umah kat jasin melaka.
Sesampai je kat kmpg wajah yg paling aku rindu da tunggu at serambi umah mak an abah. Mereka berdua la segala2nya dalam idup aku, aku bejuang tuk idup sume kerana mereka berdua.

“Mak abah nih duit belanja bulan nih” sape aku sambil menghulurkan beberapa keping RM pada mereka berdua.
“eh!.. banyak plak bulan nih?” tanye abah.
“Ita ada dapat Job luar sikit mak abah, tu yg dpt bg lebih kat mak abah bulan ni..hehehhe”jawab aku..
Mak sambil menguntum senyum dan mencium hasil tiik peluh yang aku bagi padanya…”syukur Alhamdulillah”.. eemmm”aku senyum gembira melihat mereka berdua seronok dengan apa yang aku berikan walaupun tak seberapa jika nak dibandingkan dengan apa yang merka berdua harungi tuk membesarkan kami 7 beradik.. aku yang bongsu.

Minggu tuh mak ajak aku gi jenjalan mencari tudung putih yang aku nak beli. Gi tangkak takde .. gi jasin pun takde.. emm gi melaka pun takde.. “jenjalan je la kita mak yee.. hehhee..” gurau aku pada mak… mak senyum jee..”eemm yelaaa”…

Aku balik ke kajang opis aku biasanye pepagi pas subuh.. selasa pagi aku gerak balik dah.. “mak abah ita balik dulu.. Assalamualaikum..” bebaik bawak kete tuh..da sampai tepon” pesan mak abah.

16Feb09 – 17Feb09

“Assalamualaikum mak.. mak ita ke Perlis ada kije kat Perlis” aku tepon mak nak inform yang aku ade kerja di luar kawasan.
Blas mak “ bebaik jalan, jangan suka2 sgt”…
“Mak ita ada belikan mak tudung nih, cantik sulam die, warna pink.. hikhikhik.. sulam die cantek..haaaaa”… gumbiranye aku bitau mak yg aku ada belikan buah tangan untuknya.. “alaa..mak da bnyk warna pink..” jawab mak…
“oooo ye ke .. alaaaa… (dalam ati aku terdetik..mak mesti nak warna putih nih…ttiba terlintas camtu..) “aku kuatkan lagi nape aku blikan warna tuh “tapi mak sulam die cantek tau… cantek…nanti mak gi ngaji mak pakai laa.. mesti kawan2 mak tanye..mana ko beli tudung nih nong?..hehheee”.. aku berseloroh an mak… “eemmm ye la” jawab mak..
“Mak minggu depan ita balik lagi tau, ita nak cat kete”.. mak jawab “minggu depan .. ye bebaik jalan tuh”.. okey…

20Feb09 – 23Feb09

“Assalamualaikum..” aku baru sampai kampong..
“Waalaikumussalam…” mak abah menjawab sahutan aku…
Mak ita balik lagi .. esok nak antar kete gi bengkel , abah tolong antar eh..
“esok mak gi spital check darah” mak bitau aku..esok mak nak ke spital checkup..21 thn yg dulu mak aku ade buat pmbedahan jantung, tukar injap plastik.. eemmm hajat di hati memang nak temankan mak.. tp mak mengelak, die kata gi la bengkel siapkan kete, nanti tak sempat plak.. besungguh-sungguh mak taknak aku antar.. heeemm…

Aku hantar kete aku ke bengkel .. janji ahad siap.. tapi membawa ke isnin sebab ujan. Dapat aku spend masa an mak abah lagi, kene la amek EL. (Macam best je dapat duduk lama kat kampong)

Aku mencium tangan dan pipi mak abah sblom balik ke kajang. “Mak abah ita balik dulu, Assalamualaikum” … “Waalaikumussalam, bebaik bwk kete, da sampai call” pesan mak abah yang memang da biasa aku dengar sblom gerak balik ke opis.

Di Opis… tepon bebunyi .. Bonda call.. “alamak lupa nak call kata da sampai” detik hati aku… “minta maaf mak.. ita telupa nak call mak cakap da sampai, eeeeeeeeee…. Bnyk kije plak tetibe pepagi tadik..” jawab aku…
Tu laaa..mak tunggu tk tepon pon.. eee..

27Feb09

“Rasa cam nak balik kmpg plak minggu nih.. tapi baru je 4 hari blk dr kmpg… nanti mak bising plak .. asek blik kmpg. Abes duit nanti…” detik hati aku semacam rasa … tkpe la mingu depan nak balik dah janji an mak nak bawak mak abah dgn anak buah tgok upin an epin… mingu depan je laa… Aku terus balik ke umah along aku kat Shah Alam..

28Feb09

“Ita..ita..ita…” along panggil dalam kol 7 lebey…
Yeee… nape long? Tanye aku
Mingu lepas balik, mak sehat tak? Tanye along
“sehat je, takde ape2 skit pon” jawab aku..
“nih abah call soh sume balik , mak sakit kuat” terang along
“Ya Allah, janganlah kau apa2 kan ibuku Ya Allah, kau panjangkanlah umurnya, kau lindungi dan peliharalah dia sebagaimana die memelihara aku Ya Allah” doa dalam ati aku.. masa nih perasaan aku dah tak tentu arah.

Aku call bang nam seperti yg di suruh oleh along “salam bang nam, abah soh balik, abah cakap mak sakit kuat” .. “hah! Mak nape ta?” airmata..suara kami berdua ditalian trsekat2..”bang nam bawak kak nora balik sekali eh”..

Dalam kereta aku menangis tiada henti.. tebayang wajah mak… doa besilih ganti.. Ya Allah jangan la kau apa2kan ibuku Ya Allah.. aku masih memerlukannya tuk meneruskan idup aku Ya Allah..

Aku benti sekejap di hentian linggi .. selepas tu aku gerak semula.. bang man dr kampong call.. Tanya aku kat mana.. aku dengan nada tersedu2 menjawab “ita kat liggi bang man”.. aku dengar suara bang man teresak sedikit “baik2 jalan” pesan bang man.. aku meraung sekuat hati dalam kete sampai la aku di perkarangan rumah…

Aku lihat ramai orang dirumah…. Aku terlihat kakak ipar aku sdg bejalan dihadapan umah. Aku tak dapat menahan sebak didalam kereta aku meraung… aku tahu yang mak da takde..”Ya Allah! Ya Tuhanku! Apakah dugaan yang kau berikan pada aku Ya Allah…”
Aku terus memeluk erat kakak ipar aku….”Mak takde cakap ape2 kat ita mingu lepas masa ita balik.. mak sehat jee… mak tak pesan apa2 kat ita poooonnnnnnn… Ya Allah!!! Astaghfirullahalazim!!!!!!!!
Kak noi sampai tadik mak memang da takde taaaa…. Kami menangis bepelukan…. Bang man rapat kepada kami dan menyuruh aku masuk kedalam.

Aku terus memeluk erat abah…Abah sambil menangis memberitahu “abah nak kejutkan mak sembahyang subuh.. abah tgok mak kau dah takde…” kami menangis…”

Aku bergerak ke jenazah mak di ruag tamu rumah.. bacaan Yassin berkemundang di dalam umah.. “Ya Allah…” aku terkaku kaki tangan menggigil tak dapat bergerak… lama aku terduduk di muka pintu…
“Astaghfirullahalazim….Ya Allah! Ya Allah!” aku menghensot bergerak di celah2 orang yg membaca Yassin… aku lihat mak terbujur kaku ….

“Ya Allah mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” “Maafkan ita mak … makkkk…. Ya Allah! Astagfirullahalazim.. Ya Allah!!! Ya Allah” aku teresak2 menagis.. aku mencium dahi mak .. pipi mak berkali2… tangan mak, kaki mak aku cium.. aku peluk tubuh mak yang terbujur kaku itu, susah tuk aku melepaskannya…. Ya Allah! Apakah dugaan sehebat ini yang kau berikan pada hambamu yang lemah ini Ya Allah…. Aku tak berdaya Ya Allah!... “Ya Allah Ya Tuhanku… kau cucurikanlah rahmat ke atas roh ibuku, semoga roh ibuku ditempakan di kalangan orang2 yang beriman Ya Allah… Amin.

Aku terus mengambil air sembahyang dan membacakan surah Yassin tuk arwah bondaku yang tercinta… “Mak…belom puas lagi ita balas budi mak membesarkan ita… banyak lagi perkara yang ita nak lakukan bersama mak… Ya Allah Ya Tuhanku… aku Redha dengan ketentuanMU Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan tuk terus harungi hidup ini dengan abah yang aku kasihi dan juga adik beradik yang lain Ya Allah. Saat ini aku begitu lemah Ya Allah…”
Aku dan kakak dan juga kakak ipar kak noi.. memandikan jenazah mak.. bilal perempuan cakap (kawan mak) mak takde kotor sedikit pon.. mak bersih..

“Alhamdulillah” terdetik dalam hati aku.. mak macam orang tengah tido. Wajah mak bersih. Parut di dahi mak yang terkena minyak masak pon tidak kelihatan. Mak pergi dengan cara yang mudah. Selepas solat zohor mak disembahyangkan di masjid kampong, selepas tu mak dikebumikan di tanah wakaf kampong sempang kerayong.. suasana redup… semuanya bejalan dengan lancar.. Ya Allah Ya Tuhanku.. kau ampunkanlah dosa ibuku.. die terlalu mulia bagiku Ya Allah… Amin.

Cerita dari abah

Biasa mak kejutkan abah semayang, ari nih tak kejut.. da siang.. abah kejutkanlah mak.. 3 kali abah panggil mak.. mak tk sahut. Abah pegang mak kau, abah rasa badan mak kau sejuk.. abah rasa nadi, tak gerak.. abah dengar degup jantung.. tak de ape2 senyap… abah terduduk sejam lamanya kat tepi mak kau..(masa abah talipon along kata mak sakit kuat, sebenarnya mak dah tak ada dah masa tuh)
Mak tido lambat mlm tadik, pas semayang mak mengaji pastu mak baru tido.. mak masuk tido sama dengan bang epin dalam 11 lebih camtuh.
Mak meninggal masa tido dalam kol 2 atau kol 3 pagi.

Semoga mak Aman di sana.. hanya doa sahaja yang dapat ita berikan pada mak skang.. mungkin juga dengan apa yang terjadi ini akan lebih membuatkan diri anak mak ni lebih dekat dengan Allah… InsyaAllah… Amin

Al-Fatihah buat Bonda Fatimah bt. Hj. Jantan, semoga rohnya mendapat khusnul khatimah dan ditempatkan bersama2 para alim ulamak, syuhadak , Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas kata2 semangat dari kawan2 semua, terima kasih sangat2, saya amat hargainya…

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

There was an error in this gadget

ShoutBox

Followers

Thanx Babe

GengBlogger

Happy Meter

There was an error in this gadget

CounterAttack