Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Alhamdulillah, sudah 3 hari kita berpuasa dan Alhamdulillah kita dapat menunaikannya dalam keadaan negara kita yang aman dan damai. Syukur padaNYA.

kalau baca balik tajuk entry kali nih, ianya berbunyi "delicioso" bahasa spanish translate kalo owang peghok (perak) nye tune.. tetibe plak nak try bahase spain nih.. mane tau esok lusa ade rezeki ke sana, ecehcehcehceh... (Amiiiiiiiin..)

Semalam diri nih terasa amatlah rajin bebeno, rasa cam nak masak sop ayam. hehehe.. ngidam gamoknye, ye la kalo dulu arwah mak ada, call je cakap "mak ita blik eh minggu nih, rasa cam nk makan sop ayam la pulok"... tup2 blik kmpg da siap.. tp skang sumenye kene la wat sdrik... tak berani aku nk mintak an "makcik" sesilap kene plak lengan die yg sebeso 3 pemelok tuh plak kang hah! (tp kalo cakap die okey je.. cume x mo la nyusahkan owang kaaaannn... dah tua x kan x gheti2 kaaaaaaan... masak le sendighi!)

Lepas kije aku pun beli le bebahan nye yang patot.. hikhikhik.. sampai kene gelak an kakak kedai.. "kak..ini buah pelaga ke?? hahhaha...." .. kakak tuh pown jawab ngan geget2 jari .. (saje je la tuh nk bahan kan aku.. dah la owang dalam kedai tuh ramai nk beli brg masak tuk bebuka...) " ha'ah dek.. yang nih bunga cengkih.. yang ni kayu manis.. yang nih.bla bla... (dia da start nk jd chef wan dah... aku tgok dagu akak tu pon da kedepan2 skit ala2 gaya chef bertaraf donia tuh...) eeeeiiii kakak nih.... aku pown wat2 gelak manje je laaaaa... lalallala... (da tau dah....lalalla) aku tanye buah pelaga je yg mana, abes sume rempah die cerite, adoila.. rasa cam nk tolong je die tutup kedai awal da kan..

Sampai umah aku siapkan sume bahan, cap capp chip sheong piang (tutup piyok jatuh..adeh bising tol aku memasak, seb baek jiran sbelah tak sound)... lalala...buai..buai ku laju..aku nk masak soooooop..syiiuupp... dah! siap! inilah dia hasilnya... taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!



Sop ayam deeeerrr....


best x? best kan.. sedap der...perrrggghhh.... so ari nih aku berbuka dgn juadah nih, sop ayam, nasi putih daaaaaaaan ayer teh 'o' panas.. Alhamdulillah.. sedap ghupenye aku memasak cam nak bukak kemah je at bawah umah nih jual juadah bebuka esok hahahha... (rasa cam bagus dah.. padahal sop ayam je pon kaaaan..) sop ayam pon masak gak pe...


Lagiii sop ayamnyeee....


Lepas berbuka relax jap pastu gi terawih, eemmmmm.... Alhamdulillah ramai tul jemaah kat surau kajang sentral nih, penuh jugak la. Senang nak gi terawih sebab surau depan umah je, x yah nk drive. kalo nak terbang pown bley, tp x mo ar tunjuk kuasa time2 ramadhan nih, kang tesangkut plak kat wayer kabel letrik kat depan surau tuh, hhuuuuiiihhh .. da la tesangkut.. tesangkut dgn telekong2 plak tuh..dah haru jdnye.. nk tggu orang gait la plak.. hahaha.. huuiihh bughuk2.. hahahaha...

Seronok dapat terawih sbb tahun lepas aku tak dapat terawih langsung sbb ada kelas..kelas malam..nk wat camne..time x de kelas plak nk kene siapkan assignment..huuu.. Alhamdulillah tahun ni dapat la menunaikannya..ngeee.. suke kite wak..

Doa saya untuk kalian semua dan juga diri ini, moga Ramadhan tahun ini memberikan kita seribu rahmat, dan menjadikan diri kita orang yang sabar, bersyukur, redha dan ikhlas di jalanNya. InsyaALLAH, Amin.



Salam..

Lama benar tidak menulis di blog ini.. da besawang dah.. haha.. ini semua di sebabkan kekangan waktu yang padat dalam perjalanan hidup ini. waktu yg harus di bahagi2kan untuk bekerja, belajar, mencurahkan tenaga untuk kerja2 yang diperlukan oleh insan lain, dan pelbagai faktor lain lagi. dan tak sangka plak ramai yang menyinggah di blog nih, terima kasih saya ucapkan..saya hargai sgt2 kunjungan anda.. mekaseh eh.. t saya banjer air suam..ngeee...

sedar tak sedar nk dekat setahun juga tidak menyentuh ruangan blog ni, waaaaaaaaa..apa setahun? jeng jeng jeng.. tak tahu nk tulis apa. kalau nk tulis perjalanan hidup dalam setahun nih mmg sampai bulan depan tak habis.

jadi just nak share dengan kalian sekalain mengenai apa yang sedang aku lakukan pada masa nih. sekarang tengah sebok menyiapkan grafik untuk produk office nih.. cehcehceh.. nak promote skit produk office.. daftar la dan langgani http://www.easytuition.net/ untuk sesiapa yang mempunyai anak yang ingin menduduki peperiksaan tidak lama lagi. disini kami mempunyai tayangan video yang lengkap bg tujuan rujukan pelajar2. promote jgn tak promote, ye la tempat cari rezeki kan.. kalo staff tak tolong promote sape lagi kaaaaan..

disini ada sdikit grafik yang aku hasilkan tuk produk "easytuition' nih. naik lebam biji mata melukisnye.. adehlaaaaa... ntah bila nk siap yang lain.. part2 lain bnyk lagi yg belum siap.. adehlaaaaaa... T-T..



Flash 8



Photoshop CS3


ini Subjek Biologi... biol gak la kejap.. best gak blajar bio nih.. tp dulu aku x amek subjek nih.. sbb cekgu x sanggop nk ngajar aku hahha.. die x sanggop nak ngajo aku sowang je.. aku sowang je.. hhaha..



Flash 8



Flash 8


k la.. kalo free lagi nanti citer mende lain lak.. nak sambung kighoje teman nih.. nak lukis "kapsul Bowman, tubul berlingkar proksimal, liku Henle, tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul" hah! amek kooo.. ;D

langganilah http://www.easytuition.net/

Assalamualaikum...
Sudah lama rasanya aku tidak menulis di ruangan ini.
Kesibukan bekerja menjadi penghalang mungkin.
Sepeninggalan aku dari ruang ini banyak perkara yang menyinggah didalam hidup aku.

Pelbagai dugaan yang aku tempuh. Manis.. pahit.. kecewa.. sebak.. sayang...... rindu.. gembira juga terselit dalam penceritaan jalanan hidup aku.
Rasa bercampur membuatkan aku rasa "hilang" sebentar diri aku.
Hilang bukan kemana, hilang untuk mencari di mana sebenarnya punca semua perasaan ini terjadi.

Diam.. diam dengan agak lama.. untuk aku merungkai setiap perasaan itu.
Orang hanya boleh melihat luaran aku, tetapi jarang.. terkadang sukar sekali untuk orang mentafsir apa yang terukir di sebalik senyum dan kerutan di wajah seseorang yang bernama aku.
Hanya bentangan sejadah aku helakan setiap rintihan dan gelora perasaan yang menginginkan ketenangan.

Dan aku juga terkadang harus mentafsir segala yang telah di qada kan pada aku.
Redha menjadi ayat penguat aku. Ini takdir perjalanan hidup aku yang masih jauh.
Dan yang masih belum tentu bagaimana kesudahannya.

Aku mengikut gerak hati, berhati-hati dengan apa yang dberi. Kerana terkadang DIA akan memberi sesuatu yang akan menguji kita untuk kita berfikir.

Apa sahaja yang baru menyinggah akan aku belai dan jaga, supaya ianya tidak layu dan hilang begitu sahaja.
Tetapi pada yang lama sebati dalam hidup aku, akan aku terus semai, baja... dan akan aku jaga sehingga akhir hayat aku, InsyaALLAH


Buat Sahabat..

"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.
yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga
nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan berasa senang.

Semakin ramai sahabat,
aku semakin percaya diri.

Aku selalu berharap mendapat
sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka.

Jika aku dapat, aku akan setia padanya.

(Imam Shafie)

Assalamualaikum.


Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…
Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…Lalu saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.
Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah untuk kehidupan kita yang barakah ini…

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita.
Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”


“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

PETIKAN : http://genta- rasa.com/

Assalamualaikum...


huh...aku begitu sebok sekali dalam tahun nih. Bulan sebelumnya, bulan nih.. bulan depan. Kampung aku pon da lama tak jenguk. Bz2 pon aku tetap call Abah, Abang2, kakak, kakak ipar an ofkoz anak2 buah yang da lama nak ajak gi tengok wayang tapi sampai skang tak dapat lagik. Mahapkanlah busu yee.. (tadah telinge je la dengar dieorg bebel... lalalalala...) Ini pun baru balik dari bengkel di Sepang.. ( bukan gi Litar Sepang ya... akak bukan gadis litar..muahahahaaaa....)

Tajuk entry kali nih "Bukan Marah"... sebabnyee... baru jap tadik member aku tanye.. "ko marah kat aku ke ta.. kalo ko marah kat aku, aku mintak mahap eeeh..." (aku cam tepinge2 jap... aik.. hangen x de ghibut pon x de.. pe pasal plak aku nak marah2 nih...)
Pastu aku pon jawab laa... "hah.. marah?? marah napenye?? sebab ape plak tetibe ita nak marah zara???? (hahahhaha.......eeemmm...)

Zara pon jawab... " x de laa.. da lama tak online kenapa?? marah aku ke???.... lama senyap... takot ko marah aku....

Aku pun membalas balik kekusutan si zara nih.. "zara..zara... mana ade marah.. da kenapa nak marah zara.. ita bz sket la. Banyak kije nak kene siapkan. Jarang da online skang sbb bnyk kuar pastu kejar deadline lagik..., x de masa nak marah, kalo nak marah org pon tak sempat skang hahha...
Zara pon kata "ooooooo.. sebok eh.. seb baek.. aku ingat ko marah aku tadik.. ( ado! hahaha... rindu ar tu....kaaannn.. iyeeeee....)

itu la citernye, sbenarnye aku sebok betol dengan kije2 di opis, terlalu... pening gak pale nih.. sampai kekadang membalas email mana yang sempat je. Macam skang nih tengah dok prepare nak wat kije luar esok dan menggu seterusnya..jadual da penuh sampai bulan 6. Jangan aku lupe kenduri kawen Bang Mad & Kira udahleee... (leh kene pukol nih...)

Okey la... nak sambung kije balik sambil tengok ABP.. kelakau le Kak engku dgn sharipah nih hah.. jangan pikir yang bukan2.. aku tak marah sesapa pon.....sekian..

Salam Sayang Untuk Semua... eemmmuaaahh :*

Assalamualaikum.

"KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira jam 12.30 pagi tadi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi."

Eeeeemmm... banyak cerita yang memeranjatkan kebelakangan ni. Kekadang kita tak menyangka, hari ni orang yang kita bergelak tawa sama tetiba sudah tiada. Nak2 plak orang tu baik, suke menggembirakan kita. Sedih juga dengar berita pagi nih. Allah lebih menyayanginya. "Mior Ahmad Fuad" seorang yang ceria, kelakar, baik dan semuanye baiklah. Tapi.. ye laa.. seperti Arwah Loloq dulu pun sama. Sahabat aku di UiTM pun sama, tak menyangka akan meninggalkan aku dulu begitu juga dengan arwah Mak... sampai sekarang masih terkesan dalam diri aku... Eeeemmm...

Kita pula tak tau macam mana caranya pergi..... itu rahsia DIA....... T-T
Al-Fatihah buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Moga rohnya di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.

Assalamualaikum...

“……dalam lagu ada aku, dalam aku ada Dia, Aku dan Dia ada suatu masa..” Amy.

Dengar Tagline cam dah gegar2 dah.. bekobar2 perasaan aku nak gi tgok Pakcik Amy. Huh.. mesti best kan? Ya laaa.. Amy Search koooooooooo...perggghhh.... konpem best ar..

Tapi... ape yang penonton dapat adalah sebaliknyaaaa... adoiyai.. Kak Ogy Kak Ogy.. why la u do like that Kak Ogy ooooooiii laaa hai.... hancor!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Konsert berskala penuh Orkestra ini merupakan suatu transformasi Amy dari mula kemunculannya sejak hampir 3 dekad lalu dalam industri seni Muzik Malaysia" Tapi x sampai pada audience la kak... sian kat Amy... Satu transformasi yang tidak berjaya ya tuan2 dan puan2.

"menghimpun jutaan pencinta muzik dan karya beliau bersama kumpulannya, Search di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam" tapi lagu2 yang di bawa.. alahai... macam lagu yang betul2 jadik siulan mase dedolu tu x do sgt! Pawana... Pentas Opera... dll... lagu2 yg Amy nyanyi ade yg kiteorg x tau masa memula... yang "2 org" yg suke menyelit2 semasa pesembahan Amy pon pakaiannya..x leh masok ar.. x de kelainan langsong!!! aiiiihhh.. bnyk mende yg aku nak komen nih.... x puas hati.. konsert nih menenggelamkan Amy!! Serius....!!! Amy da power dah...tapiiiiiiiiiiiiii...adoiyai.. tetibe ade Rama dan Sita... (nih kalo Anuar Zain dengar konpem menangis!!!!)

"Tampil secara muzik orkestra, penampilan Amy dalam konsert ini dianggap luar biasa dari persembahannya sebelum ini secara berkumpulan yang lebih terarah kepada muzik rock." Ya... memang lain bebenau kak Ogy oooiii.... aku rasa Amy lagi bagus perform dgn Group die sekali... baru hebat... kalau nk tunjukkan perubahan.. tunjukkanlah.. memula dgn band die.. pastu lama2.. die sensowang wat pesembahan.. kan ok kalo camtu.. ini tidak semua pemuzik depa sorok kat blkng nuuuuuuuuun tu hah... da nk abes baru die bukak bg tgok pemuzik.. aduhlaa.. baru koir ade.. baru nk start konsert koooooootttttttttttt... penari, prop.. memang hancor!!!!!!! terebang sana.. terebang sini... besempang siur.... ado!

"Transformasi ini membawa kepada perubahan dalam penyampaian lagu dan gaya konsert yang melibatkan penyertaan Amy sebagai penyanyi." memang berobah 100%......

"Sebagai sebuah Orkestra yang bertaraf nasional dan antarabangsa, Orkestra Simfoni Kebangsaan turut meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke 17 semenjak dilancarkan pada tahun 1993." tapi pesembahan dieorg nih besama Amy kejap je.. tu pon da nak abes.. abessssslaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............. x ade plot yang ade kesinambungan langsong.....

"Suatu Masa, bukanlah hanya sebuah konsert dan dendangan lagu semata-mata, malah ia menampilkan repertoire lagu-lagu yang berunsur kemanusiaan sejagat dan ketuhanan." Memang boleh nak tunjukkan... tapi mengikut kesesuaian Amy sebagai Papa Rock (sekarang kita guna Brand Amy) yang sudah berubah dari segi penampilannya..... cari la satu jalan cerita yang mantap.. dan bila audience tengok.... waaaaaaaaa...(ini x de la aku cakap2 sama sendri... ade yang balik awal....) Ado! Please la... if u want make a perfomance at "ISTANA BUDAYA".. please make sure u have a complete preparation.... do the research.. jangan hentam aaaaaaaaaa boley laa...... proposal da lulus.... kaaaaaaaaaaannnnnnn... eeeeeeeeeeeeeeee... geramnye saye...

Ini sedikit sebnyak maklumat mngenai "Satu Masa":

Penyanyi Utama: Amy (Suhaimi bin A. Rahman)
Penganjur : Mentari Channel Network Sdn. Bhd.
Penerbit Eksekutif: Profesor Madya Dr. Khalili Khalil
Pengarah Muzikal :Fauziah Ahmad Daud (Ogy)
Residen Konduktur / Pengarah Muzik: Mohd. Rafi Shafie
Orkestra Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK)

Aku tau masa perfom Amy da skit down sbb dia nampak audience cam tak happy dan da tak nyanyi da sama dia.... nak wat camne kan.. bukan salah Amy (w/p sore die da x leh tarik lagik....) Keep up ur good work Amy... next time cari org yang betul2 bleh buat yang lagi terbaik tuk persembahan Amy. We all know that u can do better than that.. but tu laa... kesilapan.. bukan kesilapan la... tak tau ape yg jadi blkng tabir kan...

Aku hanya bleh bg 1 stengah bintang je laa... sory Amy.... but aku harap die akan terus berkembang dan memperhebatkan diri untuk konsert yang akan datang dengan tenaga produksi yang lebih mantap dan ade "sesuatu" yaaaaaaaaaaa....

Sokonglah Industri Muzik tempatan..... :D

Assalamualaikum....

Ya Allah Ya Tuhanku... DariMu aku datang dan kepadaMU jua aku kembali YA ALLAH!!!!!!!!! Hari nih aku dikejutkan dengan 2 kisah sedih. Hati aku menjadi begitu hiba sekali.. Terlalu suram dan sayu malam nih Ya Allah... Aku begitu merasakannya...

Sedih Pertama Aku

Aku minum petang..sambil tuh aku menyelak helaian akhbar Metro..dan aku ternampak satu artikal yang begitu meruntun jiwa aku.. dan secara tiba2 kilas bayangan arwah mak terlintas.. T-T... Tajuk berita "Ibu Meninggal Semasa Beratur Untuk Mengambil Dermasiswa Anak" Ya ALLAH!!!!!!!!... Ibu tersebut mengalami serangan jantung mengejut dan menghembuskan nafas terakhir di situ juga... aku........tertunduk di meja makan sambil air mata mengalir... budak hantar air pon aku tak pandang dan terus tunduk.... Tak dapat di gambarkan pengorbanan ibu..sampai ke hujung nyawa membantu anak untuk melihat dia berjaya, tapi semua yang kita rancang hanya DIA yang tahu apa penyudahnya.

Begitu tersentap jika aku sebagai anak dia.. Anak Ibu tersebut sedang belajar di Kedah dan Ibunya sedang beratur untuk mendapatkan dermasiswa tersebut untuk anak dia. Dengan keadaan orang yang ramai dengan tiba2 sahaja jasad ibu itu rebah ke bumi dengan di sambut oleh anak saudara beliau yang menemani. Orang ramai cuba menyelamatkannya tetapi Allah lebih sayangkannya...... T-T..

Perasaan anak yang sedang berjuang di menara gading tidak diketahui. Aku doakan anaknya tabah dan jangan sesekali patah semangat dan mengalah dan menyesal atas apa yang ALLAH berikan kepada kau. Semua ini ada hikmahnya dik. Ya Allah tabahkanlah hati anak ibu itu Ya Allah. Jika aku ada berdekatan pasti aku akan redakan rasa perit dan sedihnya Ya Allah. Jika tidak sepenuhnya mungkin sedikit.

Moga Roh Ibunya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama2 orang yang beriman, Amin.


Sedih Kedua Aku

Sebentar tadi aku menyinggah di FB sekejap, dan terlihatlah member UiTM Azlyna Adnan aku nih bg comment kat wall. Dia kata kenal tak Salina Sulaiman budak DBS blok sama dgn kiteorg?
Aku plak cam terpinga2 nak mengingatkannya. Maklumla dah 9 or 10 tahun gak ar tak jumpe.

Lepas tuh aku ingat2 balik.. Ya Salina .. ina.. dok wings sebelah sana. Aku balas balik kenapa?? Tapi die tak online.. aku plak mmg da lama sgt2 nak jumpe dgn Salina nih. Dia seorang yang memahami dan kenal dgn aku. Tapi kiteorg cam teputus hubungan, dan x tau camne nak hubungi Salina nih. Aku harap juga kalau turun jenjalan kat Melaka jumpe die ke ape ke?? Sbb die org Melaka...tapi x de.. x de jodoh agaknye.. sampaila tadi.. bila aku try cari di FB Salina Sulaiman.. ini yang aku dapat!!!!!!

Ya ALLAH.. sekali lagi hati aku di rentap kesedihan... dimeja nih juga aku mengalirkan airmata...
...sehingga sekarang rasa aku masih diselubungi pilu..masih.. Wall Salina dipenuhi dengan ucapan Takziah dan Al-Fatihah. Salina da x de, dan sehingga ke akhir hayat aku tak akan dapat berjumpe dengan die lagi.................................................................................... T-T..........................

Ya Allah Ya Tuhanku..Kau cucuri lah rahmat ke atas rohnya Ya ALLAH... Kau Ampunilah Dosa dia YA Allah.. Kau tempatkanlah dia bersama2 orang2 yang beriman Ya Allah... Amin Amin Ya Rabbal Alamin...........................................T-T........................................

Salina seorang yang lembut dan baik.. pernah dia kata pada aku "akak..ramai yang kata akak jahat, akak buat itu ini.. tapi ina kenal akak, dan akak bukan orang yang macam tu"... kata2 tu sampai skang aku ingat.. sbb dia satu2 orang yang ada di sisi aku bila mana orang sekeliling aku menghentak aku tanpa aku dapat bernafas dan berkata... dia.. dia laaaaa..... tanpa aku dapat menegakkan kebenaran...

Kenapa aku berjumpa dia dengan cara yang begini Ya Allah.... Sehingga sekarang aku tidak tahu lagi apa punca kematiannya.. Aku nak tnya kawan2 dia dalam FB pun tak dpat sbb aku bukan member FB dia.. tunggu la esok akan aku tanyakan pada Azlyna Adnan, mungkin die tahu sebabnya. Moga Salina beroleh kesejahteraan di sana, akak akan sentiasa doakan ina untuk itu... Tak sempat akak nak minta maaf dengan ina, sbb takot spnjg perkenalan kita akak ade buat ina tersinggung... tak dapat akak.. tak dapat.............................................

Apa yang aku dapat belajar dari dua kesedihan ini.....

Pertama, Sayangi Ibu anda, hargai pengorbanannya ketika hayatnya, jangan sesekali menderhaka padanya kerana dia ialah malaikat buat kita di bumi Allah ini.

Kedua, hargailah sebuah persahabatan yang engkau telah ciptakan bersama sahabat yang lain, walaupun dia tidak bnyk berbicara dgn kau, tetapi bila sekali dia berbicara, kesannya terasa hingga ke mati.. bicara itulah yang akan mengingatkan engkau pada dia walaupun berpuluh2 tahun tidak bersua. Itu kata2 sahabat SEJATI.....

Terima kasih kepada yang sudi membaca entry ini, aku begitu menghargainya. Pada sahabat semua aku minta maaf jika ada salah dan silap moga silaturahim kita berpanjangan, InsyaALLAH, Amin.

Assalamualaikum...

Yeeeeaaaaay..sukenye saye dapat tgok teater Seri Mersing di Istana Budaya (Mekaseh ya B6 an B Mad banjer saye..ngeee). Kira pun ade (ingat model mana tadik sesat at Istana Budaya..cantek gitu..) mak B Mad pon join sekalik. Saya berasa amat teruja sekali berada di sitieuw untuk pementasan Seri Mersing..lagu laaa melayu.. oooooooo lallallala...... ( eh.... da nak nyanyik plak..) maafkan saye..muahahha...lebey sudah!

Apa2 pun saya nak ucap setinggi2 taniah pada krew2 "Seri Mersing" kamu sume mmg hebat..da boooom! pengarahnye Rosden Suboh. Sape x kenal kan die nih.. selalu prank org.. alaaaaaaaaa... yg botak tuh!

Prop pon mantap w/p ade yg telanggor pokok kelapa seb baek tak rebah hempap org kooo.. muahhaha...memang best la pementasan nih..
So korang..gi ar tgok tak ruginye..betollll...konpem best dengan barisan pelakon yang hebat2. Aku suke gelagat Azizah Mahzan muahahhaha..sesuwei dg watak dgn die sekalik..bagoooss..

Apa yang mampu menarik perhatian penonton menerusi teater ini adalah dialognya yang kuat, konflik, pantun, suasana latar dan banyak lagi yang mampu memuaskan hati penonton yang datang menyaksikan teater Melayu klasik terbaik dipentaskan di panggung bertaraf dunia.
Pementasan teater Seri Mersing turut dilakonkan oleh A Galak, Yus (Raja Lawak), Hairi (Anak Wayang), Lezz Rosli, Rusdi Ramli, Melissa Saila, Datuk Mustapha Maarof, Datin Rosnani Jamil, Abu Bakar Juah, Jep dan Shuib (Sepah) dan ramai lagi."

karakter Damak dan Seri Mersing dilakonkan oleh dua pelakon muda generasi baru, Adi Putra dan Elly Mazlein dimana Adi Putra ade try skit2 ar nk jadik cam gaya2 pelakon asal iaitu Nordin Ahmad.. dagang pak malau dagang bertempat.. dagang hamba musaper lalu laaa... huuuuuuuuuuuuuuuuu...masa nih riuh rendah panggong (temasuk la aku cam kene rasok menjerit.. ntah nape.. B6 pon same..muahahhahha....) Elly Mazlein plak asekla kene campak dgn A Galak sbb asek laa larik je kijenye...

Apa2 pun aku bagi 4 bintang tuh teater nih.. beeesssssshhhhhhhh.. gi ar tgok ya....

Sokonglah Insdustri Hiburan Tanah Air.

Assalamualaikum...


fuuuhh.. lama da tak menaip kat sini. Maklumle sebok bebenor teman (ade ku kesoh!) eemm.... ari nih cam ade relax skit jadik meringankan tangan tuk bekongsi cite. Badan memang penat paleotak pon sama penat an badan memikirkan kije bile la nak siap. Pepagi lagi da sakit pewut. Ari ni buat surat.. dalam bulan depan tak lekat la kat opis..sbb da nak melekat kat tempat lain eeeyyyeuuuww(ayat 18U yee..)

Berbalik kepada tajuk.. "DISIPLIN".. yaaaa... ko macam mana hebat pon kalo tak de disiplin tak best gak org tgok. Disiplin perlu ada dalam setiap individu.. tak kire la ko kuli ke.. ko manager ke.. ko kije patri logam jambatan ke.. kije ko beros gigi rimau ke...ko mengail menjala ikan sekali poooooooonn tetap kene ade disiplin...

Sbb kije akan lebih teratur dengan ko mendisiplinkan diri ko, Alhamdulillah aku dr kecik mmg d ajar oleh arwah mak supaya atur idop sdrik tanpa bantuan org lain. Sampailah skang. (tapi kekadang kene gak mintak bantuan nenonenoneno.. tipu ar kalo x penah mintak bantuan org laen kaaann...) Aku tetap pegang apa yg arwah mak ajar.

Nak2 plak skang aku da nak melangkah lagi satu tapak untuk memantapkan lagi idop aku InsyaALLAH.. lagi laaaa aku kene disiplin kan diri aku supaya tidak ade molot2 yang akan mengata d blkng mau pon di depan... yeeeeeee.. biasa la adat bermasyarakat mesti ade yg tak puas hati nye laaaa...konpem!

Setakat hari nih aku berjaya mendisiplinkan diri aku dan InsyaALLAH aku akan cuba membaikinya lagi untuk mencapai kegemilangan..(hek eleh menyampah pulak...!)

Jadi jom kita DISIPLIN kan diri kita supaya hidup kita lebih teratur dan tidak kelam dan kabut InsyaALLAH... (takot sampai masanye aku pon kelam kabut gak......muahahhaa..)
Dengan adanye disiplin kemungkinan kita akan lebih merasa tanggungjawab dengan kije kita.. (kooooot...)...................................... :D

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

There was an error in this gadget

ShoutBox

Followers

Thanx Babe

GengBlogger

Happy Meter

There was an error in this gadget

CounterAttack