Rindu.. satu rasa yang terkadang sukar di bendung. Sama ada kau rindukan seseorang yang tidak tahu yg kau rindukan dia atau pun sememangnya dia tahu yang kau rindukan dia atau pun sama2 saling merindu dan yang paling tersiksa ialah rindu kau adalah sehala. Dan pada ketika ini aku tersangat merindukan seseorang yang sememangnya sudah tiada lagi di alam yang nyata ini. Emak.. ya emak.. tetiba aku terasa sangat2 rindu pada emak. Pada malam ini juga tertulis bait2 kata ini:


Kenangan Sementara : Eita_Zack

Semalam dalam hatimu adanya aku
Semalam dalam matamu ada bebayangku
Kini tidak lagi sebegitu
Ku disaluti rindu…

Tanpa ku duga semuanya kaku
Tanpamu disisiku…
Aku jadi tidak menentu
Keliru…..buntu….sayu…pilu..

Kenangan yang sementara
Hanya ku semat dalam dada
Tak terkata siksa bila kau tiada
Hanya potretmu dimata

Tak kusangka begini akhirnya
Setiap saat ku terseksa
Perit tak terkira
DIA lebih sayangkanmu

Kenangan sementara
Kau jiwaku telah tiada…….
Hanya doaku bersamamu…
Aku rindu… T-T

Sebelum ini aku ada mimpikan mak, dia bejalan bersama disebelah aku sambil tersenyum, dalam mimpi tu kami berjalan seiring dan mak hanya tersenyum diam dan terus melangkah bersama aku. Aku berdoa moga dia bahagia dan senang di sana InsyaALLAH, Amin. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fatimah binti Atan. Moga rohnya diucuri rahmat dan di tempatkan bersama2 org2 yg beriman, Amin.


Dan aku juga merindukan seseorang. Mungkin juga aku berasa berjauh hati. Jauh sekali.. jauh .. Terkadang kita hanya memikirkan diri kita sahaja tanpa mempedulikan bahawa ada lagi insan yang rindukan kita, sayangkan kita. Tanpa kita sedari dengan perbuatan kita itu mengguris hati dia. Walaupun dia hanya kawan yang biasa2 sahaja tetapi rasa rindu dan sayang dia adalah ikhlas dan sebenar2nya dari hati. Dari hati yang ingin berkongsi. Mungkin kau tidak perasan akan dirinya yang sebegitu kerdil dalam hidup kau. Tapi apa yang kau perlu tahu ialah dia hanya ingin berkongsi apa sahaja kisah yang menyinggah pada diri kau. Apa sahaja cerita dalam diri kau. Apa sahaja tanpa selindung tanpa diam tanpa kata. Aku faham, begitu faham dengan keadaan kau..terlalu faham.. faham aku sehingga diam.. diam tanpa kata….tapi masih merindu dan menyayang..tetap dan masih kerana aku sudah berjanji tiada kata pisah antara aku dan dia.. ini janji..
Aku tak salahkan dia, aku cuma meluahkan saja apa yang aku rasa..rasa rindu yang luka..meskipun kau tak pernah merasa sedikit pun untuk merindukan aku….selamat malam…

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

There was an error in this gadget

ShoutBox

Followers

Thanx Babe

GengBlogger

Happy Meter

There was an error in this gadget

CounterAttack