Keratan 5
(Bacaria : Edisi Sabtu 17Jan04 - m/s25)

Berkat di Sebalik Kalimat “Bismillah”

Ada seorang perempuan tua yang kuat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik, dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan u sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali die hendak memulakan sesuatu sentiasa di dahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek: “Asyik-asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa, sebaliknya dia berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suminya berkata: “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu”.

Untuk membuat sesuatu yng memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata: “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.

Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengabil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata: “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya. Dengn hati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dan dia membuka sambil membaca , “Bismillahirrahmanirrahim.” Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Simpanan Keratan akhbar dan majalah dari:
Allayarhammah Fatimah bt. Hj. Jantan
02September1942 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1403)

Semoga rohnya mendapat khusnul khatimah dan ditempatkan bersama2 para alim ulamak, syuhadak , Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

There was an error in this gadget

ShoutBox

Followers

Thanx Babe

GengBlogger

Happy Meter

There was an error in this gadget

CounterAttack