Semasa aku dan adik beradik mengemas dokumen dan barang2 mak.. kami terjumpa pelbagai keratan akhbar berkenaan dengan agama didalam laci dan beg mak.. banyak sangat. Aku akan catatkan disini mana yang termampu, moga dengan keratan2 ini akan membuatkan kita lebih dekat denganNYA… InsyaALLAH .. Amin.
Keratan 1
Bersedekah perlu ikhlas.
Daripada Abu Dzar Al-Ghafri r.a, beberapa sahabatcbertanya Rasullullah s.a.w:
Wahi Rasullullah! Orang-orang kaya lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu.”
Rasullullah bersabda: “bukankah tuhan menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah?
“Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tipa-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah.
“Dan menyuruh membuat berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan seseorng dengan isteri juga sedekah.”
Bertanya lagi sahabat: “ Ya Rasullullah! Adakah seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahal juga?”
Sabda Rasulullah: “ Apakah pendapat kamu jika seserang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atsnya? Demikianlah pula, jika dia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala.”
Sementara itu, daripada Abu Hurairah r.a, Rasullullah bersabda: “Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahri terbit.
“Engkau mendamaikan antara dua rag adalah sedekah. Dan engkau menolong seserang menaiki tunggangannya atau engku menolong mengangkat barang –barang atas tunggangannya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah.
“Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.”
Begitulah mudahnya seseorang itu ingin memperolehi keberkatan di dalam hidup tanpa mengira pangkat atau harta, sebaliknya dengan keikhlasan di dalam membuat amalan kepada Allah s.w.t.
Simpanan Keratan akhbar dan majalah dari:
Allahyarhammah Fatimah bt. Hj. Jantan
02September1946 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1430)

0 comments:
Post a Comment