Keratan 6
(Ad-Din : Jumaat 31Dis04 - m/s7)
Mengharungi Hari Kematian
Berhati-hatilah dalam meniti kehidupan
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 28, maksudnya:
“Mengapkah kamu ingkar juga kepada Allah, sedangkan kamu dahulunya mati, kemudian hidup, kemudian mati, kemudian hidup lagi dan kamu akan kembali kepada Allah.”
Ayat itu menjelaskan sebelum manusia lahir ke dunia disebut mati kerana belum ada, kemudian lahir ke dunia menikmai kehidupan sekarang, iaitu kehidupan pertama.
Selepas itu, apabila sampai umur masing-masing manusia akan mati sekali lagi, iaitu mati kali kedua. Kemudian, dibangkitkan di alam barzakh bagi menjalani kehidupan kedua yang kekal.
Semua urusan terserah kepada Allah dan tidak seorang pun yang berkuasa kecuali amal ibadat baiklah yang menjadi teman baik yang memasukkannya ke dalam syurga.
Itulah yang dinamakan kembali kepada Allah. Demikian pula sebaliknya, orang yang selalu melakukan penderhakaan akan dibalas dengan seksaan.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 91, maksudnya: “Sesungguhnya orang kafir yang mati dalam kekafiran, tidaklah diterima daripada mereka emas sepenuh bumi untuk penebus dosanya. Bagi mereka seksaan pedih dan tiada orang yang menolong mereka.”
Jika tahu mati yang pertama dan hidupyang pertama sudah dilalui, mka tunggulah mati yang kedua, sebelum tiba kehidupan kedua.
Kehidupan dan kematian kedua ini bergantung kepada amalan dan gaya hidup manusia di dunia. Jika baik amalannya, syurgalah tempatnya dan begitulah sebaliknya.
Oleh itu, berhati-hatilah dalam meniti kehidupan sekarang, sementara menunggu mati yang kedua. Manusia boleh diibaratkan musafir di dunia.
Kehidupan dunia berbeza dengan akhirat. Kehidupan dunia berbeza dengan akhirat. Di dunia ada miskin, ada kaya, ada berduka dan ada bergembira. Tetapi di akhirat bagi yang bergembira, gmbira selamanya dan yang berduka, berada dalam keadaan sedemikian selamanya.
Alam akhirat adalah alam pembalasan dan ganjaran. Ia lebih baik daripada kehidupan dunia.
Firman Allah bermaksud: “Dan kampung akhirat itu sungguh lebih baik (daripada dunia) bagi mereka yang bertakwa. Adakah kamu tidak memikirkannya.”
Justeru, janganlah dipersia-siakan usia mencari kesenangan dunia dengan mengabaikan akhirat. Ingatlah nyawa akan dicabut daripada badan satu hari nanti, cuma sebagai makhluk manusia tidak mengetahuinya, bila dan di mana.
Simpanan Keratan akhbar dan majalah dari:
Allayarhammah Fatimah bt. Hj. Jantan
02September1942 – 28Februari2009(bersamaan 3 Rabiulawal 1403)
Semoga rohnya mendapat khusnul khatimah dan ditempatkan bersama2 para alim ulamak, syuhadak , Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
0 comments:
Post a Comment