Assalamualaikum...
Sudah lama rasanya aku tidak menulis di ruangan ini.
Kesibukan bekerja menjadi penghalang mungkin.
Sepeninggalan aku dari ruang ini banyak perkara yang menyinggah didalam hidup aku.

Pelbagai dugaan yang aku tempuh. Manis.. pahit.. kecewa.. sebak.. sayang...... rindu.. gembira juga terselit dalam penceritaan jalanan hidup aku.
Rasa bercampur membuatkan aku rasa "hilang" sebentar diri aku.
Hilang bukan kemana, hilang untuk mencari di mana sebenarnya punca semua perasaan ini terjadi.

Diam.. diam dengan agak lama.. untuk aku merungkai setiap perasaan itu.
Orang hanya boleh melihat luaran aku, tetapi jarang.. terkadang sukar sekali untuk orang mentafsir apa yang terukir di sebalik senyum dan kerutan di wajah seseorang yang bernama aku.
Hanya bentangan sejadah aku helakan setiap rintihan dan gelora perasaan yang menginginkan ketenangan.

Dan aku juga terkadang harus mentafsir segala yang telah di qada kan pada aku.
Redha menjadi ayat penguat aku. Ini takdir perjalanan hidup aku yang masih jauh.
Dan yang masih belum tentu bagaimana kesudahannya.

Aku mengikut gerak hati, berhati-hati dengan apa yang dberi. Kerana terkadang DIA akan memberi sesuatu yang akan menguji kita untuk kita berfikir.

Apa sahaja yang baru menyinggah akan aku belai dan jaga, supaya ianya tidak layu dan hilang begitu sahaja.
Tetapi pada yang lama sebati dalam hidup aku, akan aku terus semai, baja... dan akan aku jaga sehingga akhir hayat aku, InsyaALLAH


Buat Sahabat..

"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.
yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga
nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan berasa senang.

Semakin ramai sahabat,
aku semakin percaya diri.

Aku selalu berharap mendapat
sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka.

Jika aku dapat, aku akan setia padanya.

(Imam Shafie)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

Followers

GengBlogger

Happy Meter

CounterAttack