Assalamualaikum....

Siapakah yang dikatakan sahabat?
Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..


Kenapa mesti kita bersahabat?? ?

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerlukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat, maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA. ..

dari:http://www.mazlina. kelabjutawan. com

Ikhlaskah kau didalam berkawan... kekadang aku pun rasa tak ikhlas bila hati di sakiti oleh kawan yang lain, tapi aku cuba untuk tersenyum dengan kesakitan itu dan cuba memberikan "ikhlas" itu berpanjangan walaupun pedih. Ikhlaskanlah hati kita.. InsyaALLAh... jika kita Ikhlas benda yang pedih sehingga hirisannye terkena tulang pun bisa akan hilang... dan nyata ianya berkesan Alhamdulillah... Berkawan ikhlas dari dalam hati tanpa meminta apa2 balasan adalah yang terbaik dalam sesebuah persahabatan... :D

4 comments:

sahabat mstila org yg ley tlg kite tyme kte susah kn n epy time senang same2. :O

hai Nip.. tp yg tu la yg susah nk dapat.... :D
tapiiiii...kalo da dapat tuh hargailah yee...
sekian time kasey...

huhu.
tol 2..
kdg2 ade kawan dpan kite pnye la baek.
tp blkg ktuk2 plak pastu crite mnde2 fitnah kat org laen.
pnah trjadi 2.

huuuuuuu..lebey kuang same ar citer kite...huhuhu...
sakit ati kan.. tp wat x tau je laa...

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

Followers

GengBlogger

Happy Meter

CounterAttack