Assalamualaikum..

Tajuk entry kali nih memang menyentuh soal kehidupan. Tidak di nafikan terkadang manusia ini terlalu memilih darjat untuk berkawan. Kenapa? Tak cukupkah dengan hanya sekadar berkawan tanpa memandang apa yang kawan kamu ada. Tidak cukupkah dengan kejujuran di sulam dengan tawa gembira kawan sahaja? Tidak cukupkah? Dia tidak meminta lebih dari itu. Dia hanya ingin berkawan dan terus berkawan dan berkawan sehingga penghujung nafasnya tanpa disedari dia hanya pipIt sahaja.

Walaupun dia seperti pipit, tapi dia ada harga diri yang tinggi. Dia sedar dia tidak layak bersama enggang apatah lagi ingin memasuki halaman enggang itu pun dia berasa segan. Tapi tidak semua enggang yang begitu. Aku tahu tidak semua.

Bagi aku jika sekali dia sudah berkongsi, menyentuh kehidupan aku, dan pernah juga membuat aku gembira, sampai bila2 pun aku tidak akan tinggalkan dia. walaupun ada masa2 yang dia membuat aku berasa jauh, berasa tidak berguna, berasa aku begitu rendah tahapnya, tapi aku anggap itu semua cabaran utntuk aku memajukan lagi diri aku.

Aku tahu, aku hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi harus di ingat, biasa2 aku hanya untuk sementara mungkin, tiada siapa yang boleh menjangkakan dirinya akan jadi yang terhebat. Aku berusaha ke arah itu. Mana tahu esok lusa aku akan melakar sejarah aku sendiri dan mungkin sejarah peradaban dunia.


Pernah aku berbicara dengan orang tua. "Tidak perlu kita mengikut orang.. yang penting kita dapat lihat dalam diri kita, dimana sebenarnya kita, di mana letaknya kita, tidak perlu membohongi diri apatah lagi orang lain semata2 ingin bermegah seperti enggang..."Kita cuma perlu berusaha untuk menjadi seperti enggang. Usaha.. ya usaha.. insyaAllah.. dengan adanya usaha dan keyakinan diri kita akan berjaya.

Lupakan kata2 dan perbuatan enggang yang boleh membuat engkau terluka. Jadikan ianya sebagai kata2 azimat supaya engkau lebih tabah untuk menjadi seseorang yang di segani.

Bagi aku, sesiapa yang pernah singgah dalam hidup aku, inilah aku.. terima kasih pada yang boleh menerima diri ini dengan seadanya tanpa segan dan malu untuk berjalan seiring dengan aku. Aku berjanji tibanya suatu hari nanti aku menjadi enggang, tak akan aku lupa sahabat semua.. tidak mungkin aku akan lupa semuanya.

Mulai dari saat ini aku akan mengatur segala-galanya agar berjalan dengan lancar. Aku tidak akan mensia-siakan masa dan peluang yang di berikan pada aku. Aku kena kuat hadapi semua cabaran dan rintangan. KEHIDUPAN memang sukar, tapi kita harus menempuhinya juga dengan berbekalkan kesabaran, keimanan, keikhlasan, kejujuran dan juga kerajinan yang di adun bersama. InsyaALLAH, moga hari kita yang mendatang ini akan lebih membuahkan kejayaan InsyaALLAH.. Amin.

p/s: Enggang.. pergilah kau mencari enggang yang lain, aku di sini berusaha utk menjadi enggang yang lebih hebat!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

Followers

GengBlogger

Happy Meter

CounterAttack