JAKARTA 2 Okt. – Seorang anggota Parlimen Indonesia mahu kerajaan bertindak terhadap penggunaan lagu tradisional Indonesia Rasa Sayange dalam kempen Truly Asia anjuran kerajaan Malaysia untuk menarik pelancong.
Hakam Naja dari Partai Amanah Nasional dipetik oleh akhbar Jakarta Post hari ini sebagai berkata, jika kerajaan dapat buktikan lagu itu milik Indonesia, ia hendaklah menyaman kerajaan Malaysia.
“Kerajaan perlu selidik asal-usulnya, sama ada ia dari Indonesia ataupun bukan,” katanya.
Rasa Sayange dipercayai berasal dari Maluku, Indonesia, dan dinyanyikan sejak generasi dahulu bagi menyatakan rasa cinta mereka kepada alam sekitar.
Hakam juga menuduh Malaysia telah menjadikan batik sebagai hak miliknya.
“Ini berlaku kerana kerajaan Indonesia tidak bertindak berhubung hak cipta atau untuk mempatenkan warisan negara. Jika sesiapa mahu menggunakan elemen budaya Indonesia, kerajaan perlu diberi pampasan,” kata Hakam.
Priyo Budi Santoso dari Parti Golkar pula berkata, Malaysia perlu meminta izin kerajaan Indonesia untuk menggunakan lagu itu kerana ia adalah warisan negara.
Pengerusi Majlis Hak Cipta Indonesia, Enteng Tanamal, berkata tindakan untuk menyaman Malaysia mungkin tidak akan berjaya kerana tidak ada siapa tahu siapa pencipta lagu itu.
“Bagaimana nak saman Malaysia jika tidak ada siapa yang tahu siapa pencipta lagu itu? Jadi biarlah Malaysia menggunakan lagu itu sebagai lagu tema pelancongan mereka,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan boleh menyemak dengan Jabatan Paten atau kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk cuba mengenal pasti pencipta lagu itu.
– Bernama
*Sebelum ni takde sape kesah pon lagu nih, nak cari pasal ke????
3 comments:
saya org malaysia.. saya rasa lagu rasa sayang tu milik bersama tp bg saya lebih dimiliki oleh malaysia kerana malaysia yang popularkannya.. org maluku juga ada di malaysia begitu juga jawa, bugiis, banjar, batak, bali, timor dan papua.. so what?? kalo diikutkan malaysia lebih berhak kerana rasa sayang diiktiraf sebagai warisan malaysia oleh negara2 jiran yang lain seperti singapura,thailand,brunei,laos,kemboja,myanmar,vietnam,filipina,timor leste malahan indonesia sendiri mengakuinya kerana pada SUKAN SEA 2005 di Manila lagu rasa sayang menjadi lagu rakyat malaysia yg dinyanyikan oleh pihak penganjur (filipina) sebagai musik iringan kontijen malaysia.. dan telah pun di siarkan seluruh asean... mengapa dulu indonesia tidak mengclaim? kok setelah dijadikan theme song for tourism industry in malaysia.. br sekarang sibuk mahu claim.. apa indonesia cemburu dgn kejayaan malaysia? atau ada matlamat lain? ape pn tindakan indonesia.. sebenarnya ia amat memalukan indonesia sendiri.. fikir2 lah.. dasar indon ttp indon....
hahahha..
aku pun rasa lagu tu memang milik mesia... org indon sesuwai dengan dangdut inul je... hahahahaha..
eemm... betul tuh... sblom ni memang org selalu nyanyi ape.. dan sume org tau rasa sayang nih lagu dr Malaysia.. tak penah dengar la plak version Rasa Sayang Indonesia yg di perkatakan. Kalo sesape ade tolong la bitau nak gak dengar, sedap nau ke. Kang silap-silap lagu rasa sayang nih kang bertukar plak tajuk die jadik "Rasa Penyepak" huhuhu...
Post a Comment