Salam..
Semalam masa on the way nak balik umah berbuka seb baik makcik tak tereksiden..kecepek.
Masa tuh makcik nak keluar dr susur keluar putrajaya ke puchong, makcik tengok la kete sebelah bawah kanan sebab makcik nak masuk kanan. Dalam pada makcik tengok kete, lori an motor sebelah kanan tetibe makcik tengok kete depan kelisa dah brek emergency...shhreekkk.... makcik pon terkejut pon shhreeekkkkkkk..... belok ke kiri skit supaya tak terkena kete kelisa tuh. Makcik sempat tgok kete sebelah kiri makcik an belakang.
Syukur Alhamdulillah masa tuh plak memang takde kete sebelah kiri an belakang makcik. Kalo tidak Spital la makcik raya. Biasenye jalan yang makcik lalu tuh memang banyak lori besar2 lalu. Nasib makcik la agaknye. Nasib makcik baik. Cume makcik kene hati2 bile lalu kat jalan tuh lagi. Hari2 lalu kat jalan tuh babe mau tak cuak pas nih..huhuuuu...
Bau tayar masa tuh menusuk ke idong makcik, berasap skit tayar makcik. Ada la garisan kat jalan tuh kalo korang nak tgok, siap ade cop lagi "Goodyeeaaahhh"..haha
Masa tuh pale lutut makcik gigil gak ar tekan brek. Kalo makcik tak amek ke kiri memang makcik dah buat stunt atas kete kelisa la nampaknye.
huhhuhuhu.... korang nanti hati2 bawak kete tau..ingatlah yang tersayang..hehhehe
Hakam Naja dari Partai Amanah Nasional dipetik oleh akhbar Jakarta Post hari ini sebagai berkata, jika kerajaan dapat buktikan lagu itu milik Indonesia, ia hendaklah menyaman kerajaan Malaysia.
“Kerajaan perlu selidik asal-usulnya, sama ada ia dari Indonesia ataupun bukan,” katanya.
Rasa Sayange dipercayai berasal dari Maluku, Indonesia, dan dinyanyikan sejak generasi dahulu bagi menyatakan rasa cinta mereka kepada alam sekitar.
Hakam juga menuduh Malaysia telah menjadikan batik sebagai hak miliknya.
“Ini berlaku kerana kerajaan Indonesia tidak bertindak berhubung hak cipta atau untuk mempatenkan warisan negara. Jika sesiapa mahu menggunakan elemen budaya Indonesia, kerajaan perlu diberi pampasan,” kata Hakam.
Priyo Budi Santoso dari Parti Golkar pula berkata, Malaysia perlu meminta izin kerajaan Indonesia untuk menggunakan lagu itu kerana ia adalah warisan negara.
Pengerusi Majlis Hak Cipta Indonesia, Enteng Tanamal, berkata tindakan untuk menyaman Malaysia mungkin tidak akan berjaya kerana tidak ada siapa tahu siapa pencipta lagu itu.
“Bagaimana nak saman Malaysia jika tidak ada siapa yang tahu siapa pencipta lagu itu? Jadi biarlah Malaysia menggunakan lagu itu sebagai lagu tema pelancongan mereka,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan boleh menyemak dengan Jabatan Paten atau kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk cuba mengenal pasti pencipta lagu itu.
– Bernama
pepagi tadi.. masa aku baru pas mandi tetibe tgok tepon ade miss call. Eemmmm.... tgok no. lia yang appear. Uisshhh.. apsal plak lia call pepagi nih. Tipanjat gak. Biasenye lia kalo call pon tgh makan biase nyee.. ahahhaha.. ye la tgh makan pon leh ingat ita kan.. bukan takat kene sergah je ingat kat ita .. seronotnyeee... hehehehe...
ita : aduhai .. lia lia .. lagu tu memang ar ita ingat. (teringat balik masa kat bilik HR bukak lagu tuh sume nyanyi, dgn ewa sekali nyanyi siap tgn pale sekali gerak..dah macam tarian sumazau dah) nape dengan lagu tu lia?
*Camne TOUR de RAYA Amad?, allooww amad... jadi ke tak?? Semua org tanye nih, Pijah tanye takde Tour lagi ke?