" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN"

"MULAKAN HIDUP BARU"

Selamat berbuka Puasa yeeee kengkawan...

Salam..

Semalam masa on the way nak balik umah berbuka seb baik makcik tak tereksiden..kecepek.

Masa tuh makcik nak keluar dr susur keluar putrajaya ke puchong, makcik tengok la kete sebelah bawah kanan sebab makcik nak masuk kanan. Dalam pada makcik tengok kete, lori an motor sebelah kanan tetibe makcik tengok kete depan kelisa dah brek emergency...shhreekkk.... makcik pon terkejut pon shhreeekkkkkkk..... belok ke kiri skit supaya tak terkena kete kelisa tuh. Makcik sempat tgok kete sebelah kiri makcik an belakang.

Syukur Alhamdulillah masa tuh plak memang takde kete sebelah kiri an belakang makcik. Kalo tidak Spital la makcik raya. Biasenye jalan yang makcik lalu tuh memang banyak lori besar2 lalu. Nasib makcik la agaknye. Nasib makcik baik. Cume makcik kene hati2 bile lalu kat jalan tuh lagi. Hari2 lalu kat jalan tuh babe mau tak cuak pas nih..huhuuuu...
Bau tayar masa tuh menusuk ke idong makcik, berasap skit tayar makcik. Ada la garisan kat jalan tuh kalo korang nak tgok, siap ade cop lagi "Goodyeeaaahhh"..haha

Masa tuh pale lutut makcik gigil gak ar tekan brek. Kalo makcik tak amek ke kiri memang makcik dah buat stunt atas kete kelisa la nampaknye.

huhhuhuhu.... korang nanti hati2 bawak kete tau..ingatlah yang tersayang..hehhehe

JAKARTA 2 Okt.Seorang anggota Parlimen Indonesia mahu kerajaan bertindak terhadap penggunaan lagu tradisional Indonesia Rasa Sayange dalam kempen Truly Asia anjuran kerajaan Malaysia untuk menarik pelancong.

Hakam Naja dari Partai Amanah Nasional dipetik oleh akhbar Jakarta Post hari ini sebagai berkata, jika kerajaan dapat buktikan lagu itu milik Indonesia, ia hendaklah menyaman kerajaan Malaysia.

“Kerajaan perlu selidik asal-usulnya, sama ada ia dari Indonesia ataupun bukan,” katanya.
Rasa Sayange dipercayai berasal dari Maluku, Indonesia, dan dinyanyikan sejak generasi dahulu bagi menyatakan rasa cinta mereka kepada alam sekitar.

Hakam juga menuduh Malaysia telah menjadikan batik sebagai hak miliknya.
“Ini berlaku kerana kerajaan Indonesia tidak bertindak berhubung hak cipta atau untuk mempatenkan warisan negara. Jika sesiapa mahu menggunakan elemen budaya Indonesia, kerajaan perlu diberi pampasan,” kata Hakam.

Priyo Budi Santoso dari Parti Golkar pula berkata, Malaysia perlu meminta izin kerajaan Indonesia untuk menggunakan lagu itu kerana ia adalah warisan negara.

Pengerusi Majlis Hak Cipta Indonesia, Enteng Tanamal, berkata tindakan untuk menyaman Malaysia mungkin tidak akan berjaya kerana tidak ada siapa tahu siapa pencipta lagu itu.

“Bagaimana nak saman Malaysia jika tidak ada siapa yang tahu siapa pencipta lagu itu? Jadi biarlah Malaysia menggunakan lagu itu sebagai lagu tema pelancongan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan boleh menyemak dengan Jabatan Paten atau kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk cuba mengenal pasti pencipta lagu itu.

– Bernama
*Sebelum ni takde sape kesah pon lagu nih, nak cari pasal ke????

pepagi tadi.. masa aku baru pas mandi tetibe tgok tepon ade miss call. Eemmmm.... tgok no. lia yang appear. Uisshhh.. apsal plak lia call pepagi nih. Tipanjat gak. Biasenye lia kalo call pon tgh makan biase nyee.. ahahhaha.. ye la tgh makan pon leh ingat ita kan.. bukan takat kene sergah je ingat kat ita .. seronotnyeee... hehehehe...

Eeemm dengan perasaan yang tertanye aku pon call la die balik. Troot troot troot...

ita : Arrrggghhhh.. sergah dulu pehtu baru bg salam... hahha Assalamualaikum.. makcik dtg nak raya..

lia : Wslam.. ita sori ganggu pepagi nih... ita tgh wat ape tuh...

ita : ita tgh !@#$%^&*()_.. hahahha.. lia nape liaaaa..

lia : takde la ita... lia nak tanye satu soklan nih, tp ita jgn marah lia eh.. huhuu

ita : ooo soklan.. bleh2 tanye laaa.... kalo ita rasa nak marah nanti ita marah laa... hahahha

lia : takde camni.. (dg penuh sopan bercakap well lia biase laaaa) lia aritu asek teringat je lagu sudirman yang.. "part nih yang best : lia nyanyi hahahaha.. ade ke pepagi tepon makcik nih siap nyanyi lagu sudirman sebab die tak ingat tajuk.. hahhahaha.. makcik pon layan laaa.. mana penah pepagi org tepon makcik siap nyanyi hahah" lia lia......hah! lagu tu la ita.. ita ingat tak lagu tuh...?
ita : aduhai .. lia lia .. lagu tu memang ar ita ingat. (teringat balik masa kat bilik HR bukak lagu tuh sume nyanyi, dgn ewa sekali nyanyi siap tgn pale sekali gerak..dah macam tarian sumazau dah) nape dengan lagu tu lia?

Lia : lia da lama carik lagu tuh dr minggu lepas tapi tak jumpe2 nak donlod. Ita ade tak lagu tuh? lia nak..

ita : ada.. ita ada lagu tuh.. lia nak ke??

Lia : ha'ah lia nak la ita... rindu kat lagu tuh dah lama tak dengar.... huhuhuhu... dr minggu lepas lia menyanyi lagu tuh tauuuu...

ita: nanti ita send lagu tuh kat lia k... hehehhehe

Lia : Thanks ita.. hihihihiihi..

ita : Welcome leeee...

lia : hihiiihihihii (sambil letak tepon..)

Salam.
Lama tak update blog, hohohoho.. bz skit sbb nak abeskan projek dengan kementerian. Kalo tak abes tak raya la nampaknye. Ari ni 20 Ramadan 1428H. lagi 10 ari lagi nak raya. Baju raya pon takde lagi nih. Rasa-rasanya raya nih cam tak semeriah sblom nih. Ade bite sedih skit, sayu ati akan ade masa pagi raya. Terkenang redup mata 3 orang anak. Tersentuh hati bile kenangkan dieorg. Tapi nak wat camne hidup harus terus.
Lagu Airmata Saerah: Niza bagi...sedap plak lagu nih
Untuk diri aku ala kadar je, baju kurung melambak dalam almari, rasa2nya kalo tak sempat nak membeli belah aku pakai je yg ade tu. Kuih plak well biase ar tunjuk saja. Aku ni simple je orgnye. Entahla sedih la pepagi nih.

*Camne TOUR de RAYA Amad?, allooww amad... jadi ke tak?? Semua org tanye nih, Pijah tanye takde Tour lagi ke?

Assalamualaikum..
Lama tak jengok ke blog nih, sekali sekala je tuk tgok ade ke org bg komen..
Eeemm.. citer ape eik.. minggu lepas aku cuti selama 12 hari. Nak tau gue ke mane?? Rahsieee... hahahhaa

"PERCUTIAN KE JAKARTA -BANDUNG"

Seronok gak tgok tempat owang, terasa cam Malaysia ni lah yang terbaik jika nak di bandingkan dengan yang lain. ye la bak kata orang hujan emas di negeri org, hujan batu kat negeri sndrik, lebih baik negeri sendrik. aku rasa pepatah tuh ade betulnye. Pengalaman ke tempat org mmg membuka mata, pengetahuan pon bertambah.

syukur dengan apa yang ade dalam hidup nih. kalo rezeki kite bertambah harus di ingat... kekadang rezeki tuh bukan tuk kite sowang je.. sedekah2 kan lah pada yang memerlukan. hiduplah sesederhana mungkin, susah pon tak, senang pon tak.. maintain.


"PERCUTIAN KE JAKARTA -BANDUNG"

Sekarang nih macam2 perancangan nak di fikirkan... jauh lagi perjalanan nak menuju KESANA. Macam2 bekalan harus dilaksanakan. Aku cuma merancang tapi yang menentukan ALLAH S.W.T. Kekadang terdetik di hati boleh ke aku kecapi bahagia untuk selama2 nya? Betul ke ape yang aku buat nih? betul ke? Entahlah.. janji ape yang aku buat sumenye berlandaskan hukum hakam dan juga untuk menjaga hati.

Kekadang orang nampak aku nih "JAHAT", kekadang ape yang aku tak buat org cakap aku buat. (cam dialog filem ali setan "hey.. jangan main tudoh tudoh") hahahhaa..

Tapi yang penting kawan2 yang rapat dengan aku dan keluarga tahu aku nih sape. Jadi kalo sape yang kate aku sombong tuh, berlagak ke hape ke.. maknanye dieorg tak kenal lagi NORITA BT ZAKARIA tuh sape. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Jom lah bercinta dengan i uuuuuu.. hahahhaa.. baru u kenal sape i.. hahhaha.. menyampah....

"PERCUTIAN KE JAKARTA -BANDUNG"

Nasihat Imam Syafie mencari sahabat


TEMAN ketawa memang mudah dicari,
tetapi teman menangis tiada siapa yangsudi.
Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati.

Hanya mereka yangbenar-benar bersahabat dengan hatitulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku,
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepasaku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka.

Jika itu aku dapatkan,
aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.

Semakin ramai aku peroleh sahabat,
aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah.
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.
Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.


Jika suka melanda, aku seringbertanya:
"Siapakah yang sudi menjadisahabatku?"
Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati,
namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan.
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku,
kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka,
mereka mencemuh dan jika aku sakit,
tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan,
banyak orang iri hati,
jika hidupku berselimut derita mereka bersoraksorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa,
lebih baik aku hidup menyendiri "daripada aku harus bergaul dengan orang jahat".

Kenyataannya,
banyak orang yang menyakiti orang yang dicintainya.Terlalu banyak menuntut sering membuat kita melupakan keinginan orang lain dengan alasan memberikan bukti perhatian.

Kenyataannya,
Terlalu berharap sering mengecewakan kita. Oleh kerana itu berharaplah sekadarnya saja.
Kenyataannya,
Hidup itu memang tidaklah mudah. Mampukah kita berjuang dalam hidup sambil menikmatinya.

Kenyataannya,
Apa yang kita inginkan sering berbeza dengan kenyataan. Jika kita merasa begitu kecewa akan hal itu bererti kita belum begitu siap untuk hidup.Kerana itu adalah kenyataan yang akan selalu kita hadapi.

Kenyataannya,
Jika kita sudah mengerti sepenuhnya, maka takkan ada yang boleh membuat kita terlalu kecewa, takkan ada yang boleh membuat kita menderita ataupun kecewa. Semua mengalir apa adanya, tanpa beban dan kesakitan.

"Kebahagiaan yang teramat misteri."

Let ' s do some simple calculations here. In Malaysia,
the average family income is RM3,000 /month (where father works, mother doesn ' t).

I understand there are many families whosemonthly income does not reach RM3,000,but, to make things simple,let ' s take RM3,000 as the figure.

Ok lah, right? Okay, let ' s start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son.
Ngam-ngam ....

Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)

Phone bill ( Telekom): RM100

Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 ... can eat what?)

Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam): RM300
(go to work, bring son to school, only can afford one car running)

Insurance: RM650
(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs,retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don ' t think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)School fees: RM30> > > (enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so...
No Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,
no online,
cannot KFC,
cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive),
no chit chat on phone with grandparents,
and etc...


Let ' s use a calculator to total up...
WALAO EH! Shit! RM3,610 already...
EPF belum potong, income tax lagi........oledi RM3,610 ...
How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?How to change? Don ' t eat? Don ' t work? Don ' t send children to schooland study?

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions ofrakyat Malaysia which still don ' t earn RM3,000/month!!!What is this?

Inilah Malaysia Boleh... Sorry... it should be MalaysiansBoleh ,
because we ' re still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!
Please forward and comment boleh or tak boleh.

No wonder so many Ah Loong around..

truuutt truuttt truutt!!!!...(bunyi tepon)

ita : Asalammualaikum mak

mak : Wa'alaikumussalam... tgh buat ape tuh?

ita : baru balik kije mak, baru pas mandi.

mak : yeee... tadik bang nam an bang mat ade tepon dieorg ucapkan samat hari ibu....

ita : ( terkedu jap... alamak aku lupe la ari nih ari ibu.. aduh.... ) alamak mak ita lupe la mak hari nih hari ibu... hihihihihi... Selamat hari ibu mak..
mak : takpe... laaa baru balik kije ke.. hari minggu pon kije..?

ita : ha'ah mak, ade kije nak kene siapkan, esok nak preview..
blaaaaaa blaaa blaaa blaaaaa.......

mak : bla bla ngok ngek ngok ngek bla bla....

ita : baiklah... selamat hari ibu mak

mak : time kasih.. jaga diri baik2..

ita : ye laaaa... assalammualaikum..

mak : wa'alaikumussalam...

*aku leh lupe semalam hari ibu... mak aku plak yg tolong ingatkan... adeh... apa nye anak la aku nih... huuuhu.. ita betul2 lupe la mak.... adeh... nih sume kije nye pasal lah nih.... ampun ye mak...

Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama-sama, Renungkanlah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat, Berbuallah dengan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar, Berilah ucap sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh memahaminya.. Buat mak... "Selamat Hari Ibu"

Pengumuman - Zulkifli Amdan atau lebih dikenali sebagai Pancit akan melangsungkan pernikahannye (kawen lee) dengan pasangan die pada tanggal 27hb Mei 07. Moga bahagia dan kekal ke anak cucu.. Amiiiiinnn... fuh fuh fuh.... -aku baru je cerita pasal jodoh, dah ade plak member yang kawen-

Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

-kite berjumpe lagi pada kelas yang akan datang-

eeemmm.... kekadang bukan tak terfikir, hati ni terdetik jugak. ''kau bile lagi?"-persoalan yang biase ditujukan pada aku. bukannye melambat2kan bende yang baik, tetapi masing2 ada perancangan masing2. dan bagi aku pula...biarlah masa yang menentukan segala2nya, kerana DIA telah menetapkan jodoh aku. dan aku tunggu. KALAU ADA JODOH TAK KEMANA - itulah yang selalu dikatakan oleh orang tua2 dan juga termasuk la aku w/p aku lom tua lagi.
Orang tua2 pon ada jugak pantang die, "tak bleh langkah bendul". jadi aku ikut aje. org tua lagi dulu makan garam dari aku. aku taknak bantah cakap MAK ABAH yang aku sayang dunia akhirat. aku nak jadi anak yang baik. anak yang tidak menyusahkan hati mak abah. aku nak dia senang dengan segala apa yang aku buat. bagi aku selagi aku belum bergelar isteri kepada seseorang tempat aku adalah bersama MAKABAH dan KELUARGA aku. tiada yang lain selain kasih sayang aku pada mereka.
jodoh tetap akan ada, lambat atau cepat itu sahaja beza die. aku berdoa moga kebahagian AKU, MAKABAH dan KELUARGA berkekalan dunia dan akhirat, INSYAALLAH.
"pada awak yang sedang menunggu
saya harap awak faham
bukannya tak suka...
tapi untuk awak,
jika terpaut hati pada yang lain,
dan yang lebih baik dari saya teruskanlah..
saya REDHA dengan ketentuanNYA"
::eita_zack::





Andaiku tahu - Kapan tiba ajalkuKu - kuakan memohon - Tuhan tolong panjangkan umurku - Andai ku tahu - Kapan tiba masaku - Ku akan memohon- Tuhan jangan Kau ambil nyawaku - Aku takut - Akan semua dosa-dosaku - Aku takut - Dosa yang terus membayangiku - Andaiku tahu - Malaikat datang menjemputku - Izinkan aku - Mengucap kata taubat padaMu - Aku takut - Akan semua dosa-dosaku - Aku takut - Dosa yang terus membayangiku - Ampuni aku - Dari segala dosa-dosaku - Ampuni aku - Menangis ku bertaubat padaMu - Aku manusia - Yang takut neraka - Namun aku juga - Tak pantas di syurga.. - Andai ku tahu - Kapan tiba ajalku - Izinkan aku - Mengucap kata taubat padaMu - Aku takut - Akan semua dosa-dosa ku - Aku takut - Dosa yang terus membayangiku - Ampuni aku - Dari segala dosa-dosaku - Ampuni aku - menangis ku bertaubat padaMu-
lirik sumbangan -i-shah-

aku still lagik tak tido sebab aku takde idea. jadik masa kelapangan pada jam 1:05 pagi nih aku menekan button camera untuk mengambil gambar krew2 MADD (multimedia department) dengan kerelaan tuan empunya badan.

ada yang malu2 cam hyppo dan tak kurang juge yang berangan. kalo nak duit royalti mintak an En. Sahly k. akak tak campor hahahaha...

ini la die keadaan2 krew MADD ketika terpaksa bermalam di opis untuk menyiapkan pojek -dateline tk lama lagik ooi-

1. Lead Programmer - bang man namanya " kat mane aku paste tadik eik!! adeh!! lupo pulok!"
2. BIG BOSS - hah!! yang ini parah.. yang lain sume stayback kat opis, yang BOSS nih plak stayback kat Spital, nak wat camne dah die BOSS suke ati deme le..
3. ini la die teman staback aku kat opis - sponsor by KASAR IMPIAN

4. ini tgh tgok kat mana BOSS kiteorg menginap - oooooooo kat WAD 6C oooooo...

5. Grafik Designer - Gman namanya, baik budak nih, bertuah sape buat orang gaji, rajin nih, kalo sapu sampah tuh jgn cakap laaa..mmg bagus budak nih.

6. Bang Man - masih tak dapat carik kat mana die paste tadik.. sabor ye bang man ado tuh..

7. Grafik Designer - Reen nama die, ini pon baik jugak budak nih, sopan, berbudi bahse budaknye, hormat org tua, orang tua pon hormat die..eh eh.. peminat FARA PAUZANA die nih..

8. sama cam no 3..

9. Animator - Daus namo eh, orang Rombau, kampung Pilin, botol tak nih den ejo.. hah.. budak nih plak memang suko naik motor lelaju (den tak tau sbonar eh, den blasah yo) sobab eh, kalau la dio bawak pelahan moto eh bilo la dio nak sampai kek opis... botol tak??

10. yang itu den, den yang JAMBU.. hehehe

11. mejo den.. apehal plak aku cakap Nogori nih.. fuh fuh.. ni la die meja aku mencarik idea

12. reen lagik

13. gman lagik

14. kan den da kobarkan budak si GMAN nih memang baik budak eh, memang bagus kalo jadik bilal kek kampong den, kalau tak pon jadik tukang AZAN.. sojuk porot ibu kau nak aih.. hehe berkonan den, seb baik den takdo adik pompuan, ado alasan.. hahaha

15. ini plak budak SABAH yang belajar kek sini sapo namo eh.. si ADD dengan si sapo ntah

*itulah die agenda pagi nih, sbenarnya ade separuh lagi krew MADD nih, yang lain tak stayback sebab dieorg takot masa dieorg tgh tido GMAN bacakan YASSIN tuk dieorg.. hehehe.. (takde la ni aku tokok tambah citer), sekian, nak tido laaaa,,.. samat pagi..


eemmmm.. kekadang kalau nak difikirkan pasal kije macam2 bende yang ada dalam paleotak. macam kije aku nih.. seb baik la aku mmg minat dengan kije aku nih. sebab suke la aku kije nih, dan kije nih plak suke kat aku sebab aku jambu. hohohoho... skang nih dah jam 12:01 pagi..aku stiil lagi mengadap komputer memasukkan warna2 yang menarik ke dalam artwork aku ni hah. kalo dah hari2 bende nih aku ngadap bleh muntah pelangi aku tau.
tapi yang seperti aku cakap tadik laaa..dah aku mmg suke kije nih..walaupun bnyak camne kije aku keee... aku tetap suke kije aku. yang penting bagi aku adalah keikhlasan dalam membuat sesuatu pekerjaan.
aku rasa IKHLAS nih memang perlu ada dalam setiap apa yang kite lakukan dalam idop nih. nak berak pon kene ikhlas.. eheheh.. ye ke.. hahaha.. kat bawah nih step2 kije aku. ada lagi artwork yang seksa lagi menyeksakan sbenarnya nak di kaler, tapi takpe untuk topik permulaan kite, kite wat yang sesimple dulu.
-contoh artwork-
aku bersyukur dengan bakat yang dikurniakan ILLAHI pada aku insan yang kerdil ini. dengan bakat ini jugalah aku dapat menyara 3 ekor kucing aku serta 16 ratus lipas kat dapur bawah laci no.2..hehehe.. (hanya gurauan tidak ade kene mengena dengan cicakman) apa-apa pun aku still ade 200 illustration yang perlu dimasukkan warna..
ape kejadahnya aku nih, kalo dah tau kije banyak yang ko dok mengedit blog ko ni kenapa hah! ko dah gile yee.. (cakap ala2 Nasir Bilal Khan) nak ditamatkan citer nih... aku nak sambung wat kije laa..
-bersambung-


SoffaZaraAdam telah selamat melahirkan Bayi Lelaki seberat-beratnya pada tanggal 24Apr2007. Seperti yang diinformkan olehnya dalam mesej yang berkata -"ayah die yang nak bagi nama Muhammad Syamim Hakimi aku ikut jeee" -.. kata maknye plak.. Berikutan dari itu Zara merasakan anak beliau akan hensem bile besar kerana mirip dengan airmuka ayahnye.. ado!

*cerita ni dah ade nasi tambah bnyak dah...jgn percaya..don't try this at ur blog...








Asalammualaikum..
Kita bertemu lagi..ditengah2 kota ini, dgn wajah yang merah dibakar mata hari, dengan keringat di dahi.. (Dato' Sheikh nye lagu)... ni blog baru teman..blog yg lama teman da lupe leee pass masuk die lee... ate.. theeeeehhheeheheheee...

-bersama rakan seperjuangan selepas dibelasah oleh BTP-
*bahagian teknologi pembelajaran malaysia-preview-
-bersambung-
:eita_zack:

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

Followers

GengBlogger

Happy Meter

CounterAttack