Huuhh... rasa penat tul.. kepala penat berfikir, badan letih.. belakang tengkok sakit. Eemm.. nak tak nak kije kene siapkan. Minggu depan dateline. ni tengah tugkus dan lumus try siapkan sebaik mungkin. InsyaAllah bley siapnye. Lagi sikit je.


Lepas siap kije nih plak ade lagi kije yg sedang beratur menunggu giliran. Projek Muzium Penang on the way, shooting dokumentari lagi.. CD interaktif e-Bahan lagi, pastu dalam masa yang sama shooting tuk e-Learning portal kene gak settlekan. tekangkang kangkang da nih wat kije. perangai pun tak bape nak senonoh sgt la. tp leh kaber laaaa... Aaaarrggghhhh...

Minggu depan plak ade pertandingan Paintball, bley gak lepaskan tekanan bekerja dan juga tekanan perasaan. Daaannn bley gak curi2 tembak ponggong Boss... takpe peha Boss besar senang skit nak tembak..muahahahha.. inilah masanya..ngengengeeee...


nak sambung kije balik ar.. kang tak sempat plak nak bercuti bertemu dengan kawan lama di JB pada 4 Dec. da dekat 5 tahun da rasa tak jumpe, betul tak?? So kalo tak siapkan kije tak dapat plak nak jumpe. kang kene marah plak.. InsyaAllah.. Ill try my best to complete my work before that date ya..


So 4 all my frenz out there, i dedicate this song to all of u, pada uols yang pernah berkongsi kegembiraan, kesedihan dan juga ketidakbetulan diri ini... Selamat Malam......

eemm.. trooott troott.. tertera no. abah di enset aku. aku pun menjawab..


ita : Assalamualaikum abah..

Abah : Waalaikumussalam..

ita : abah .. nanti ita call abah balik.. ita tgh shooting nih.. (masa nih mmg aku tgh sebok..)

lepas abes shooting aku terus call abah balik..


ita : Assalammualaikum..

Abah : elooo eloooo.. (kedengaran bukan suara abah...aku off kan..)


aku cuba lagi sekali.. orang yang sama juga menjawab.. macam suara cina.. ati aku da bederau...

aku call lagi dan memastikan no. yg aku dail tu no. abah..

ita : Assalammualaikum abah.. eemm ni siapa nih.. abah saya mana??? (da mcm2 da aku berpikir bende yang bukan2 ni)

person : ooooo... pakcik tetinggal la enpon dalam kete nih.. ni saya mau pulangkan balik..

ita : oooo.. ok... fuuuuhhh

aku try call rumah plak..

ita : Assalammualaikum.... abah..

Abah : Waalaikummussalam..

ita : tepon abah kat mana, tetinggal at mana??

Abah : ooo abah so cina pomen tuh amek kete betulkan.. gear box die poblem.. tepon tu abah lupe nak amek dalam kete tetinggal.. tu cina tu tgh pusing balik pulangkan..


Ita : fuuuuuhh semangat.. ita ingat cina apek mana la tadik.. da la tuh ita bg salam plak tuh.. hahha.. tadi abah tepon nape...(lega aku dengar sore abah)


Abah : tak. abah nak cakap terima kasih kak noi ko da bg kat abah.....bla bla bla bla..

Ita : sama-sama.... bla bla bla....


Eemm... masa nih mmg aku da cuak sbb aku da pikir.. apa la jadi kat abah aku.. huuh.. pas nih walau camne sebok sekalipun kalau abah tepon aku akan benti wat kije... konpem..!!! fuuuhhhh.. aku taknak rasa besalah seumur idop aku... takmo.. takmo.. maafkan ita ye abah..

bak kata bang man... kita kene ingat masa mak dulu.. sorang anak pon tak sempat nak mintak mahap.. ingat tu.. kata2 tu la yang buatkan aku lupekan segala apa yang terluka dalam hati ini... aku taknak aku tak sempat minta maaf kat abah plak..


sbb tu la kalo aku balik kmpg.. abah takde at umah masa aku nak balik KL balik.. aku call abah aku cari abah tanye kat mana.. sbb aku nak salam an nak pelok cium die sblom aku balik.. itu yang selalu aku buat..

Anak Abah yang Sayangkan Abah..
Norita Binti Zakaria

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Sakit, luka, hancur.. patah hati.. bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.... cuba walaupun payah... segala2nya akan berakhir walaupun pe"RASA"an rindu dan sayang masih lagi ada... Biarkan dia pergi dan lupakan....

ku tetap mencintaimu masih meski kau tak cinta aku ku tetap merindukan meski kau tak pernah merasa sedikit pun untuk merindukan aku
Cintaku ini bukan cinta milik manusia biasa cintaku ini cinta sejati yang paling sejati

ku tetap memaafkan salahmu meski kau terus sakiti ku tetap menerima seribu kata maaf yang selalu kau ucapkan dari bibirmu yang manis
ku tetap mencintaimu masih meski kau tak cinta aku ku tetap merindukan meski kau tak pernah merasa sedikit pun untuk merindukan diriku merindukan aku....

Salam.. huh.. perit sekali dugaan yang KAU beri Ya Allah!

22hb Okt 09


“troot..troott..troott..” emmmm..mana kak noi nih tak angkat call.. sambil melihat jam di tangan..”oh! tak pasan pagi lagi.. kak noi ke kelas mengajar agaknye.. takpe la, tghr try call lagik…”

”Assalamualaikum..tadi ita ade tepon kak noi eh?.” Dalam ati berkata ”Allah! Lupa nak call”.. terlupa nak call kak noi, sebok dengan menyiapkan shooting utk dokumentari OKU di sekitar Melaka. ”ha’ah ita call tadik..”. kak noi menyambung perbualan kami ”kak noi ke kelas tadik..nape?”.

”Ita kat Melaka ni kak noi, ade kije sampai esok. Kalo malam ni tak letih ita balik Jasin la, kalo tak.. ita dok seri Malaysia dengan kawan opis”.
”Oooo..ok..”kak noi menjawab..”nanti nak balik call dulu, kak noi ada at umat mak, kalo ita balik kita stay umah mak je la, nanti kak noi call bang man”.

Dalam malam aku call kak noi. ”kak noi, ita letih la, bilik hotel penuh, dapat 1 bilik je, tapi ita tumpang bilik kawan ita kat sini, esok baru ita balik jasin eh”. Cerita aku pada kak noi dengan nada yang agak letih.

”Ok la, kalo tak larat dok je la sana kalo ade tempat nak bermalam eh, jaga diri bebaik taw, ape2 hal call kak noi”. Masa nih aku rasa cam bertuah dapat kakak ipar cam kak noi, ambil berat w/p bukan darah daging sdri. Alhamdulillah syukur. Lantas aku menjawab ”ok, esok bila ita nak balik ita call eh, bye”..

23hb Okt 09

”Uh..kak noi baru nak call, panjang umur baru sebut mana ita nih.. hehhe..” sambil tangan aku bersalam dan mencium kedua belah pipinya yang gebu itu aku pun berkata ”tak sempat nak call abes shooting terus balik je”
Oooww.. Abah mana kak noi? Pertanyaan aku bernada sebak sedikit. Kak noi berkata ”Abah kat umah makcik”.. ye lah, aku pun tak inform an abah aku nak balik.
”Kak noi, ita baring jap, badan tak sedap rasa la” batuk menyertai perbualan aku.. ”ok, gi ar rehat. Ita demam ke?” bantal aku ambil dan berkata ”nak demam balik rasanya.. panas skit badan, tekak perit”.. kak noi pon berkerut kening melihatkan aku ”ok ok.. gi ar rehat baring at depan tuh. Kak noi nak balik umah jap amek baju bebudak nih sume”.. aku pun menjawab ”ok”....

Dalam jam 7 mlm aku bangun.. aku dengar kereta abah di luar. Aku pun terus menjenguk dengan terbatuk2. aku tanya abah ”abah dari mana?” abah menjawab ”abah singgah kejap je nih makcik ko ke belakang antar tudung” aku duduk di serambi, abah sedikit pun tidak masuk ke rumah dan duduk bersama di sofa seperti yang biasa kami lakukan sebelum nih. Sedikit pon abah tak mahu bercerita apa2 pon dengan aku. Aku rasa macam terasing. Aku masih lagi batuk2. takkan abah tak dengar anak abah nih batuk, tak sehat. Takkan abah tak nak pegang dahi ita dan rasa panas badan ita nih. Taknak ke bah. Tak nak masuk ke rumah ke bah. Aku terus duduk di bangku melihatkan abah dan berharap duduk di sebelah aku. Tapi tidak! Abah terus ke belakang dan melihat2 kelibat makcik. Aku terpinga2 sorang2.
Dok la sebelah ita bah, banyak bende ita nak ceritakan, pasal kije, pasal ita, pasal keluarga. Sebelum nih sume hal aku ceritakan pada mak dan abah. Tapi skang mak takde, abah je la yang aku harapkan tuk mendengar cerita aku. Tapi skang, aku da takde pendengar yang ingin mendengar rasa hati aku.
Abah berbeza dari sebelum nih. Memang aku kene terima semua nih.. ya aku terima, walaupun lukanya terlalulah perit.

Aku mencapai towel dan terus ke bilik air untuk bersiram..sebenarnya aku tak tahan da.. aku bantai melalak dalam bilik air.. dalam sayu2 aku dengar.. ”ita..ita..” abah penggil. Aku pun menyahut ”ya..”.. abah menyambung ”abah balik dulu”.. sambil hidung tersumbat aku pun menjawab ”eeemmmmm...” aku sambung balik melalak..
Abah..takkan abah x leh tunggu ita pas mandi baru abah balik, maghrib la kat umah nih, bukan umah orang lain pun.. aduh.. dalam sekali luka nih.

Kak noi ada inform aku, abah ade call dia tanya kak noi tido mana. Kak noi cakap la tido umah mak. Abah menjawab ”ok la tu, x yah ar abah gi sana tido”. Tersentap jiwa aku, hancur luluh! Aaaarrggghhh.. ape yang abah janjikan tak abah kotakan!

Anak abah nih perlukan abah masa nih untuk bercerita. T_T..huh! abah tak tido at umah pon, nasib baik kak noi ade dengan bang man serta anak buah. Huh.. susah aku telan sume nih. Bang epin takde gi medan an bang nam.

24hb Okt 09

Ari nih aku tido umah bang man an kak noi.. abah takde pon call aku tanye kat mana.


25hb Okt 09

Aku tergerak dalam hati untuk nak ambil baju kat umah mak pada petang. Tapi aku batalkan, tak tau kenapa. Gerak hati nih suruh amek baju tu malam pas maghrib.

Pas magrib aku terus ke rumah mak untuk ambil baju. Tup tup.. aku nampak kete abah kat umah. Aku nampak makcik cam tepanjat tgok aku balik.

Aku terus bagi salam, dan bertanya pada abah ”abah tido sini ke malam ni”.. dengan nada yang tersekat2 abah menjawab ”tak..abah magrib kat sini tadi jap gi balik” abah menjawab tanpa memandang muka aku. Aku terus inform pada abah yang aku dtg nak amek baju. Abah just diam. Tak tanya apa pun kat aku. Kenapa bila ita ada kat umah abah taknak duduk kat umah nih yang sebagaimana ita nampak skang? Kenapa??

Aku diam, semacam ada halangan untuk aku berbicara. Lepas siap sumenye aku pun salam tangan abah dan makcik. Dan aku katakan aku nak balik. Abah tak tgok pon aku masuk ke kereta seperti yang selalu dia lakukan sebelum nih. Sebelum nih, kalau aku nak balik, dia akan bawa beg aku, tengok aku dari serambi sampailah aku naik kereta dan sampai kereta aku tak nampak lagi dijalan, baru die masuk umah balik. Tapi skang tidak lagi..aku...huh..aku terlalu terluka dengan sikap abah.

Apa yang abah nak aku buat, aku dah buat. Hormatkan makcik. Sume aku buat. Sabar aku begitu tinggi. Terbayang wajah mak, kalo mak idop lagi pon mungkin mak akan senyum pada aku atas penghormatan dan pengorbanan yang aku berikan pada abah dan makcik.

26hb Okt 09

Sesudah subuh aku gerak ke kajang. Sepanjang2 perjalanan bila aku ingat balik peristiwa ni aku menangis. Aku menangis spnjang perjalanan. Aku luka.

Huh! Skang kat blog nih la tempat aku meluahkan segala2nya. Sape yang sudi baca aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana spend masa kat sini. Tq so much. Aku akan luahkan sume kat sini InsyaALLAh..jika ada kelapangan. Susah untuk orang baca isi hati aku. Sbb aku senantiasa tersenyum di luar...

Aku yang terluka.

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .

Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .


Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .


Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .


Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT . Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .


Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. . Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..


Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia . Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .


Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta.

Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .


Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia.


Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.


Sayidina Ali r.a. berkata:

"Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "


Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..


Kata Sayidina Ali r.a. lagi,

"Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.." Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus.


Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira. Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala- galanya

Karya terbaru dari Melly. Kebanyakkan karya dari beliau begitu puitis. aku senang dengan lirik dan melodi dari Melly. lagu ni juga adalah lagu tema untuk Filem "Ketika Cinta Bertasbih". tak tau lagi bila filem nih akan ade kat Malaysia. kalau nak dibandingkan karya Malaysia dan karya Indonesia, aku lagi suke tengok karya2 dari Indonesia. Ada kelainan. dan dari segi sinematografi juga menarik.

bukan nak kata Malaysia tak best, Malaysia juga hebat.. tapi dari segi jiwa.. aku lebih tersentuh dgn karya dr negara jran kita nih. Aku pun baru berjinak2 dengan industri nih, masih bertatih lagi.. baru belajar.. mana tau mungkin aku akan jadi "seseorang" dalam industri nih InsyaALLAH.

fokus aku skang adalah kerja aku, aku nak develope much more better then before. I hope i will success. Muncul 2010 nih aku da merancang untuk buat sesuatu.untuk diri aku untuk masa depan. aku kena gigih berusaha, penat memang ar, sape yang berjaya dengan senang dalam dunia nih kan? ill try my best ..Today, im just an individual. Tomorrow, i could create history..who knows right..muahahahha... Amiiiiiiinn..


Bertuturlah cinta mengucap satu nama Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku Cinta yang bertasbih mengutus hati ini Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu Bisikkan doaku dalam butiran tasbihKu panjatkan pintaku pada Maha Cinta Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud syukur pada-Mu atas segala Cinta...Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta Ketika cinta bertasbih

23 September 2009
Gerak dari umah Lina dalam jam 830am camtu. Kami terus gerak ke Batu Kikir. Aku memang tak penah ke sana, ye lah..nak kesana nak kikir batu la plak..hahhaha..


kami pon sampai ke destinasi yang di tuju. mak aih jauh la gak. lom penah lagi kaki ni sampai ke situ. best gak tgok kampung orang, tapi yang tak besh takdak line koooooo... solok tol kampungnye...


dalam satu hari tuh 7 buah rumah settle kiteorg redah, perut tak tau la nak cakap camne, rasa cam ketat semacam je. rasa cam nak meletop pon ade gak.


nak jadikan citer, masa perjalanan nak gerak ke rumah ke tiga, rumah arwah nenek lina, rumah adik beradik abah lina (kalo tak silap). masa nak gerak tuh, ye laaaaa jalan kampung cam one way, sempit. aku ni plak baik hati nau nak bagi la kete avanza lalu, aku ke tepi le.. tak tau plak avanza tuh nk gak bagi aku lalu. pastu aku tak nampak la ade kucing kat depan tuh, Nurul pun jerit ade kucing, aku pun try la elak.. tak tau ar kene ke tak kucing tuh.. nurul pusing belakang die kata kaki kucing tuh cam kene skit kot. aku pon serba salah..


benti je kat destinasi seterusnya, Umi pon terus cakap an aku.. kak ita.. kak ita da langgar la kucing tadik!!! Adoiyaiiii... Menangis Umi tengok kucing tuh.. adoiyaiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!! serba salah terus menyelubungi diri ini. seumur hidup, aku drift sekalipun belum penah aku langgar binatang bernyawa koooooooo... adeh!


masa tuh da tak cam best da rasa, pastu aku langgar tunggul kayu. scratch gak ar bumper depan. sab baek skit je scratch kat bahagian bawah. huh! kucing kucing nape la aku yang kene langgar ko.. kenape tak ko gi beraye umah jiran sebelah ke hape ke.. kan da kecepek.. sampai skang rasa cam besalah lagik kooooooooo......

Eeeemmm...

Mama Lina : Meh la ikut makcik malam kang dengan esok beraya.. tido umah..
cakap an abah eh..

Aku : eeeerrrrk…. Ita tak bawak baju la makcik..

Mama Lina : alaaaaa baju lina ada.. baju makcik pon ade..

Aku : huhuhu.. baju lina ropol2.. baju makcik lagi laa... uhuhuu tak nak

tak nak..

Mama Lina : kalo tak pon gi balik umah amek baju..

Aku : baek...

Aku dengan Lina on the way balik umah jap packing barang. Sampai umah kak nora tengah menyapu.

Aku : Assalamualaikum…

Kak Nora : Waalaikumussalam.. masuk.. masuk laa.. akak tgh menyapu jap..

duduk dulu..

Lina : okey….

Aku : Bang nam.. ni Lina..

Bang Nam : Ooooowww......

Background music : jeng jeng jeng jeengggg....

Lina : hai bang, thanks bagi pinjam buku ari tuh.. (ayat canteeekkkk…

hahha)

Aku sebok tgh pack bebaju sume dan bitau bang nam aku tido umah Lina..
Dieorg rancak berbual… dah siap packing aku pun mencelah…


Aku : joooommm.. da siap dah…

Lina : ok...

Aku salam kak nora an bang nam..
Pastu nak tahu tak??????? Dalam kete baru si Lina nih pasan yang satu dr butang baju di bahagian atas tak kenakan.......bahagian atas yang membawa ke tengah ye tuan2 dan puan2.........Adoooiiiyaaiiii... aku pon tak tau ar .. bang nam pasan ke tak...hahahahahhahahahaha aje sudah... dah la tu..lama plak die beborak an bang nam.. hahahahahha... nak wat camne da rezeki...hahahahhaha....

21 September 2009
2 Syawal 1430
Lokasi : Masjid Kampung Sempang Kerayong


Pada awal jam 10:00 pagi....aku dan adik beradik beserta anak buah sudah bersedia bersimpuh di ruang berhadapan mimbar masjid. Selang beberapa minit terdengar sayu.. aku terima nikahnya Kamar binti..................... sah sah sah.. Amin...
Aku bercucuran airmata tanpa henti... dengan ini maka sahlah aku sudah mempunyai Ibu Tiri...huh! Wajah mak pantas berlegar di benak fikiran setiap dari anak2nya.. kami beredar keluar dari masjid dengan tidak tertahan sebaknye..

Ya Allah.. terlalu sukar untuk kami hadapi dugaan yang Kau berikan ini. Ya Allah Ya Tuhanku, bukan kami tidak boleh menerima semua ini, bukan kami tidak redha dengan ketentuanMu ini..tapi...hati kami..hati kami Ya Allah masih lagi merindui arwah.. baru 6 bulan mak pergi...

Betul kata orang..biarlah..biarkan abah bahagia..abah sunyi sorang2.. ya kami akur.. semua kami relakan..kehendak abah semua kami turutkan..untuk Abah.. kami sayang Abah..

20 September 2009
1 Syawal 1430
Rumah


Seorang demi seorang anak bersalam meminta ampun dan maaf pada abah. Giliran aku pula tiba... aku salam erat2 tangan abah, bagai tidak mahu lepaskan, sebab lepas nih aku da tak dapat nak basuh baju..jaga makan minum abah sebagaimana yang aku lakukan sebelum ini apabila aku balik bercuti.

Sambil aku mencium pipi insan yang aku paling sayang di dunia ini, aku membisikkan ke telinga abah... ”ita sayang Abah..sayang sangat...”.. abah menitiskan airmata..abang2 .. kakak menahan sebak didada. Abah meluahkan rasa pada semua sambil masih lagi menggenggam erat dan memeluk aku.. ”abah akan tetap sayang anak2 abah.. dan abah akan tetap ingatkan arwah mak kau kerana dialah insan yang paling abah sayang.

Abah kawin bukan sebab abah lupakan mak kau, Cuma abah rasa sunyi bila sorang2 kat rumah nih. Setidak2nya bila abah kawin ada orang untuk jaga abah, berbual dengan abah. Abah takkan lupakan anak2 abah, jangan kamu semua risau...” Aku masih lagi di pelukan abah dengan teresak2.. Ita minta maaf Abah.. abah menyambung lagi bicara..”Cuma satu je abah minta pada anak2 abah.. tolong lah hormat makcik kamu seperti mana kamu hormatkan abah.. itu je pinta abah..” Dengan nada tersekat2 aku menjawab ”..InsyaALLAH Abah...”

Bukan sesuatu yang mudah untuk kami hadapai semua ini.. Kami berdoa moga Allah SWT memberikan kebahagian kepada kami sekeluarga walaupun berbagai cerita yang kuran enak di dengar. InsyaALLAH..kami adik beradik cuba sedaya upaya menerima sesuatu yang baru dalam keluarga kami.bagi aku semua ini ketentuan, aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Segala2nya sudah tersurat, aku redha. Sebagai anak aku harus hormat abah dan juga teman yang baru menghuni hati abah yang sunyi. Ita anak abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abah. Hanya abah sahaja yang tinggal untuk kami.... T_T

Melihat wajahmu ceria
Melihat senyummu oh manja
melihat gayamu bicara
ku cinta... oooo...
melihat parasmu kusuka
mendengar suaramu bahagia
melihat gayamu bicara
ku cintaa.....
woooo wooo wooo...
best gak lagu nih.. muahahaha..

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

Followers

GengBlogger

Happy Meter

CounterAttack