JGN JADI SEORANG YG EGO !!!!

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.

KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.

DIA SENYUM KEPADAMU. SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.

DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.

TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.

BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.

KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG TERUK PERNAH DIA JUMPA.

DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH DGN KEBENCIAN.

KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK MENDENGARNYA. SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA, KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT. SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

________________

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.

TAPI HANYA SAUDARANYA SAJE YG ADA DI SITU.

SAUDARANYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.

DAN DIA PUN MENANGIS. DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN ADIKNYA.

KAMU SUDAH TERLAMBAT. KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.


PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA MAAF. JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU. SBB KAMU TAKKAN TAHU APE AKAN TERJADI ESOK HARI.

KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS TERAKHIR, TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU BENAR2 MEMERLUKANNYA DAN KAMU MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN.

I'M THANKFUL U'RE MY FREN!

Salam.. Adoiyai.. dalam minggu ni aku di landa simptom sakit d bahagian pewutku.. rasa cam silap makan, sbb ari tuh lunch dengan jiehah makan dekat Sup Ani Utara. kat hidangan tuh depa ada bubuh sambal belacan. jiehah da cakap da sambl nih pedas, aku pon maen dok belasah w/p pedas. malam tido hah! amek ko.. seb baik tak kopak pintu toilet, rasa cam nk biarkan je pintu toilet tuh tebukak senang skit belari hahaha.. sampai la ari nih sakitnye.. so i x leh ar mkn pedas2 time skang.. makan mushroom soup saja..

dalam pada yang sama plak bahu bhgn belakang nih terasa macam luka, adeh!! sakit kooooo.. rasa cam koyak.. nak tido kene telentang takleh mengiring. gi jumpe doktor die cakap kat aku I love U la plak hahha..mmg mintak sepak (jgn pecaya, tipu nih..). Doktor cakap tisu belakang bhgn bahu aku ada koyak dan belaku kekejangan sikit, so die nasihat soh berehat dr menghadap PC or buat ape2 kije yg berat2.. drive pon takleh jejauh...ubat sapu ade ar die bg.. obat tahan sakit.. obat piuk sekalik hahhahaadeh..


Eemm..dalam minggu nih aku ade kije sekitar shah alam, tak masok opis langsong. dapatlah rehatkan diri skit. bahu dan blkng badan nih still pedih lagik, tadik bwk kete pon sakit gak, takleh drive sgt... takot tegeliat da tebabas plak kang hah.. abes kalo tak drive sape nak antar gi jumpe client..cam ade drebar kooo.. muahahha..

oraitlaa.. see u all in the next post ya.. have a nice day to all of u yaa.. daaa..

Rindu.. satu rasa yang terkadang sukar di bendung. Sama ada kau rindukan seseorang yang tidak tahu yg kau rindukan dia atau pun sememangnya dia tahu yang kau rindukan dia atau pun sama2 saling merindu dan yang paling tersiksa ialah rindu kau adalah sehala. Dan pada ketika ini aku tersangat merindukan seseorang yang sememangnya sudah tiada lagi di alam yang nyata ini. Emak.. ya emak.. tetiba aku terasa sangat2 rindu pada emak. Pada malam ini juga tertulis bait2 kata ini:


Kenangan Sementara : Eita_Zack

Semalam dalam hatimu adanya aku
Semalam dalam matamu ada bebayangku
Kini tidak lagi sebegitu
Ku disaluti rindu…

Tanpa ku duga semuanya kaku
Tanpamu disisiku…
Aku jadi tidak menentu
Keliru…..buntu….sayu…pilu..

Kenangan yang sementara
Hanya ku semat dalam dada
Tak terkata siksa bila kau tiada
Hanya potretmu dimata

Tak kusangka begini akhirnya
Setiap saat ku terseksa
Perit tak terkira
DIA lebih sayangkanmu

Kenangan sementara
Kau jiwaku telah tiada…….
Hanya doaku bersamamu…
Aku rindu… T-T

Sebelum ini aku ada mimpikan mak, dia bejalan bersama disebelah aku sambil tersenyum, dalam mimpi tu kami berjalan seiring dan mak hanya tersenyum diam dan terus melangkah bersama aku. Aku berdoa moga dia bahagia dan senang di sana InsyaALLAH, Amin. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fatimah binti Atan. Moga rohnya diucuri rahmat dan di tempatkan bersama2 org2 yg beriman, Amin.


Dan aku juga merindukan seseorang. Mungkin juga aku berasa berjauh hati. Jauh sekali.. jauh .. Terkadang kita hanya memikirkan diri kita sahaja tanpa mempedulikan bahawa ada lagi insan yang rindukan kita, sayangkan kita. Tanpa kita sedari dengan perbuatan kita itu mengguris hati dia. Walaupun dia hanya kawan yang biasa2 sahaja tetapi rasa rindu dan sayang dia adalah ikhlas dan sebenar2nya dari hati. Dari hati yang ingin berkongsi. Mungkin kau tidak perasan akan dirinya yang sebegitu kerdil dalam hidup kau. Tapi apa yang kau perlu tahu ialah dia hanya ingin berkongsi apa sahaja kisah yang menyinggah pada diri kau. Apa sahaja cerita dalam diri kau. Apa sahaja tanpa selindung tanpa diam tanpa kata. Aku faham, begitu faham dengan keadaan kau..terlalu faham.. faham aku sehingga diam.. diam tanpa kata….tapi masih merindu dan menyayang..tetap dan masih kerana aku sudah berjanji tiada kata pisah antara aku dan dia.. ini janji..
Aku tak salahkan dia, aku cuma meluahkan saja apa yang aku rasa..rasa rindu yang luka..meskipun kau tak pernah merasa sedikit pun untuk merindukan aku….selamat malam…

Huuhh... rasa penat tul.. kepala penat berfikir, badan letih.. belakang tengkok sakit. Eemm.. nak tak nak kije kene siapkan. Minggu depan dateline. ni tengah tugkus dan lumus try siapkan sebaik mungkin. InsyaAllah bley siapnye. Lagi sikit je.


Lepas siap kije nih plak ade lagi kije yg sedang beratur menunggu giliran. Projek Muzium Penang on the way, shooting dokumentari lagi.. CD interaktif e-Bahan lagi, pastu dalam masa yang sama shooting tuk e-Learning portal kene gak settlekan. tekangkang kangkang da nih wat kije. perangai pun tak bape nak senonoh sgt la. tp leh kaber laaaa... Aaaarrggghhhh...

Minggu depan plak ade pertandingan Paintball, bley gak lepaskan tekanan bekerja dan juga tekanan perasaan. Daaannn bley gak curi2 tembak ponggong Boss... takpe peha Boss besar senang skit nak tembak..muahahahha.. inilah masanya..ngengengeeee...


nak sambung kije balik ar.. kang tak sempat plak nak bercuti bertemu dengan kawan lama di JB pada 4 Dec. da dekat 5 tahun da rasa tak jumpe, betul tak?? So kalo tak siapkan kije tak dapat plak nak jumpe. kang kene marah plak.. InsyaAllah.. Ill try my best to complete my work before that date ya..


So 4 all my frenz out there, i dedicate this song to all of u, pada uols yang pernah berkongsi kegembiraan, kesedihan dan juga ketidakbetulan diri ini... Selamat Malam......

eemm.. trooott troott.. tertera no. abah di enset aku. aku pun menjawab..


ita : Assalamualaikum abah..

Abah : Waalaikumussalam..

ita : abah .. nanti ita call abah balik.. ita tgh shooting nih.. (masa nih mmg aku tgh sebok..)

lepas abes shooting aku terus call abah balik..


ita : Assalammualaikum..

Abah : elooo eloooo.. (kedengaran bukan suara abah...aku off kan..)


aku cuba lagi sekali.. orang yang sama juga menjawab.. macam suara cina.. ati aku da bederau...

aku call lagi dan memastikan no. yg aku dail tu no. abah..

ita : Assalammualaikum abah.. eemm ni siapa nih.. abah saya mana??? (da mcm2 da aku berpikir bende yang bukan2 ni)

person : ooooo... pakcik tetinggal la enpon dalam kete nih.. ni saya mau pulangkan balik..

ita : oooo.. ok... fuuuuhhh

aku try call rumah plak..

ita : Assalammualaikum.... abah..

Abah : Waalaikummussalam..

ita : tepon abah kat mana, tetinggal at mana??

Abah : ooo abah so cina pomen tuh amek kete betulkan.. gear box die poblem.. tepon tu abah lupe nak amek dalam kete tetinggal.. tu cina tu tgh pusing balik pulangkan..


Ita : fuuuuuhh semangat.. ita ingat cina apek mana la tadik.. da la tuh ita bg salam plak tuh.. hahha.. tadi abah tepon nape...(lega aku dengar sore abah)


Abah : tak. abah nak cakap terima kasih kak noi ko da bg kat abah.....bla bla bla bla..

Ita : sama-sama.... bla bla bla....


Eemm... masa nih mmg aku da cuak sbb aku da pikir.. apa la jadi kat abah aku.. huuh.. pas nih walau camne sebok sekalipun kalau abah tepon aku akan benti wat kije... konpem..!!! fuuuhhhh.. aku taknak rasa besalah seumur idop aku... takmo.. takmo.. maafkan ita ye abah..

bak kata bang man... kita kene ingat masa mak dulu.. sorang anak pon tak sempat nak mintak mahap.. ingat tu.. kata2 tu la yang buatkan aku lupekan segala apa yang terluka dalam hati ini... aku taknak aku tak sempat minta maaf kat abah plak..


sbb tu la kalo aku balik kmpg.. abah takde at umah masa aku nak balik KL balik.. aku call abah aku cari abah tanye kat mana.. sbb aku nak salam an nak pelok cium die sblom aku balik.. itu yang selalu aku buat..

Anak Abah yang Sayangkan Abah..
Norita Binti Zakaria

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Sakit, luka, hancur.. patah hati.. bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.... cuba walaupun payah... segala2nya akan berakhir walaupun pe"RASA"an rindu dan sayang masih lagi ada... Biarkan dia pergi dan lupakan....

ku tetap mencintaimu masih meski kau tak cinta aku ku tetap merindukan meski kau tak pernah merasa sedikit pun untuk merindukan aku
Cintaku ini bukan cinta milik manusia biasa cintaku ini cinta sejati yang paling sejati

ku tetap memaafkan salahmu meski kau terus sakiti ku tetap menerima seribu kata maaf yang selalu kau ucapkan dari bibirmu yang manis
ku tetap mencintaimu masih meski kau tak cinta aku ku tetap merindukan meski kau tak pernah merasa sedikit pun untuk merindukan diriku merindukan aku....

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

Followers

GengBlogger

Happy Meter

CounterAttack