Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

....Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita.

Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya.

Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama.
Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut.
Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku.
Dia makan sama banyak dengan aku pulak tu.
Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya.


Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.

Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini.

Memang muka tak malu. Dasar pencuri besar....

Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai.

Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.

Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja.

Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ?? Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut.

Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.

Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

Pengajaran dr cerita....
*Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan membuat keputusan secara membuta tuli aje, nanti kita akan menyesal kemudian... penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya

Di antara keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada manusia ialah kebolehan bercakap.

Oleh itu boleh "bercakap" itu ada lah juga amanah Allah kepada manusia.
Orang mukmin hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap.
Takut takut "cakap" nya itu di benci orang dan di murkai Allah.
Islam menganjurkan manusia apa bila hendak bercakap kena hati-hati saperti yang di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Akhirat hendaklah ia bercakap yang baik atau diam sahaja."

Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza.
Dan boleh di kategorikan saperti berikut:

1. Golongan cakap orang merapu
2. Golongan orang peramah
3. Golongan kaki cakap
4. Golongan cakap sebagai pejuang
5. Golongan cakap orang politik
6. Golongan cakap orang pendiam
7. Golongan cakap orang sombong
8. Golongan cakap orang biasa
9. Golongan cakap cakap nak perdaya
10. Golongan petah bercakap
11. Golongan cakap hendak tunjuk pandai
12. Golongan cakap cakap kotor dan lucah
13. Golongan cakap suka memaki


Selain dari di atas ada peringkat peringkat yang bercakap ialah:

1. Bercakap perkara yang perlu sahaja
2. Bercakap yang terpaksa
3. Bercakap kerana kewajiban
4. Tidak suka bercakap
5. Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
6. Bercakap yang menggoda...aaauuwww..

*yang ni pon aku copy paste yeee..

kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.. Mengenyangkan.. Berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....


**Don't Judge Ur Friends by the way they speak, Judge dem by d way they care. Bcoz care is d outcum of true Friendship in RelationSHIP.Take Care

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

Followers

GengBlogger

Happy Meter

CounterAttack