21 September 2009
2 Syawal 1430
Lokasi : Masjid Kampung Sempang Kerayong


Pada awal jam 10:00 pagi....aku dan adik beradik beserta anak buah sudah bersedia bersimpuh di ruang berhadapan mimbar masjid. Selang beberapa minit terdengar sayu.. aku terima nikahnya Kamar binti..................... sah sah sah.. Amin...
Aku bercucuran airmata tanpa henti... dengan ini maka sahlah aku sudah mempunyai Ibu Tiri...huh! Wajah mak pantas berlegar di benak fikiran setiap dari anak2nya.. kami beredar keluar dari masjid dengan tidak tertahan sebaknye..

Ya Allah.. terlalu sukar untuk kami hadapi dugaan yang Kau berikan ini. Ya Allah Ya Tuhanku, bukan kami tidak boleh menerima semua ini, bukan kami tidak redha dengan ketentuanMu ini..tapi...hati kami..hati kami Ya Allah masih lagi merindui arwah.. baru 6 bulan mak pergi...

Betul kata orang..biarlah..biarkan abah bahagia..abah sunyi sorang2.. ya kami akur.. semua kami relakan..kehendak abah semua kami turutkan..untuk Abah.. kami sayang Abah..

20 September 2009
1 Syawal 1430
Rumah


Seorang demi seorang anak bersalam meminta ampun dan maaf pada abah. Giliran aku pula tiba... aku salam erat2 tangan abah, bagai tidak mahu lepaskan, sebab lepas nih aku da tak dapat nak basuh baju..jaga makan minum abah sebagaimana yang aku lakukan sebelum ini apabila aku balik bercuti.

Sambil aku mencium pipi insan yang aku paling sayang di dunia ini, aku membisikkan ke telinga abah... ”ita sayang Abah..sayang sangat...”.. abah menitiskan airmata..abang2 .. kakak menahan sebak didada. Abah meluahkan rasa pada semua sambil masih lagi menggenggam erat dan memeluk aku.. ”abah akan tetap sayang anak2 abah.. dan abah akan tetap ingatkan arwah mak kau kerana dialah insan yang paling abah sayang.

Abah kawin bukan sebab abah lupakan mak kau, Cuma abah rasa sunyi bila sorang2 kat rumah nih. Setidak2nya bila abah kawin ada orang untuk jaga abah, berbual dengan abah. Abah takkan lupakan anak2 abah, jangan kamu semua risau...” Aku masih lagi di pelukan abah dengan teresak2.. Ita minta maaf Abah.. abah menyambung lagi bicara..”Cuma satu je abah minta pada anak2 abah.. tolong lah hormat makcik kamu seperti mana kamu hormatkan abah.. itu je pinta abah..” Dengan nada tersekat2 aku menjawab ”..InsyaALLAH Abah...”

Bukan sesuatu yang mudah untuk kami hadapai semua ini.. Kami berdoa moga Allah SWT memberikan kebahagian kepada kami sekeluarga walaupun berbagai cerita yang kuran enak di dengar. InsyaALLAH..kami adik beradik cuba sedaya upaya menerima sesuatu yang baru dalam keluarga kami.bagi aku semua ini ketentuan, aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Segala2nya sudah tersurat, aku redha. Sebagai anak aku harus hormat abah dan juga teman yang baru menghuni hati abah yang sunyi. Ita anak abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abah. Hanya abah sahaja yang tinggal untuk kami.... T_T

4 comments:

ermm..memang berat rasanya nak terima ni semua ni kan kerana ia terlalu baru lagi..tapi kita kena tetap redha sebab ayah eita benar2 memerlukan seorang teaman..semoga eita and family terus bahagia yer.. :)

thanks kak BB.. InsyaALLAH.. Amin
benda2 camni sume nye memrlukan masa kan.. jadi birla masa menentukan segalanya dan kita sebagai hamba redha dengan ketentuan yg diberikan.. eemm

may ALLAH always blessing u and ur family with ur kindhearted....

thanks babe.. thank u so much..

Related Posts with Thumbnails

About this blog

Its About Me, Family, Freinds & Art...

Advertisement

Followers

GengBlogger

Happy Meter

CounterAttack